"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Jumaat, Disember 20, 2013

Agihan ASB 7.70 sen seunit

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, manakala bayaran bonus sebanyak RM706.88 juta.

Katanya, pembayaran itu juga akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan sebanyak 127.2 bilion unit ASB.

“Jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013, adalah dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.1 peratus berbanding pendapatan kasar sebanyak RM8.62 bilion yang diperoleh pada tahun lalu.

“Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur pula menyumbang sebanyak RM4.41 bilion atau 44.5 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM4 bilion atau 40.3 peratus, manakala baki 15.2 peratus atau RM1.51 bilion adalah daripada pendapatan lain,” katanya pada sidang media di majlis pengumuman pendapatan ASB, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lalu, kadar itu kekal kompetitif di tengah ketidaktentuan ekonomi global.
Menurutnya, kadar dividen itu juga bukanlah terendah yang pernah diagihkan oleh PNB sebelum ini kerana pada 2009, pengagihan dividen termasuk bonus ialah 8.6 sen seunit.

“Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi kita bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan,” katanya.

target xkesampaian..huhuhuhu
tapi syukur sangat dgn rezeki yg ada..

need to do dgn dividen ni:

1.awal tahun ni (2014) road-tax my car mati (pakej insurans skali)
2. nk shopping barang2 baby sikit..
3. mayb ajak my hubby pegi bercuti (dlm malaysia je)

itu je buat masa ni..

1st Injection Kancing Gigi

salam..

Rabu baru2 ni efa ditemani hubby utk checkup baby kt klinik Dr. Normah...
tp bkn Dr Normah yg chek.. Dr. Pushpa daaaa..
Dh 2x kot pg chekup xjmp Dr. Normah.. ada emergency la... cuti kt obersi la...
xpe la.. jnj bleh chekup my baby..

1st dia check tekanan darah..alhamdulillah sume ok..
pastu..dia check my tummy..baby membesar dgn jayanya..
(walaupun mummy makan xmenentu)
scan biasa je.. huhuhuhuhu...keciwaaaa i...
coz my hubby ckp nk scan utk tgk jantina baby next month..
i yg tersangat excited time tu jd sentap.. yelaaaaaaa..nk tgk babyyyy...

pastu timbang berat..
kalo bln lepas berat i 61.5kg..
now dh melompat 66kg..
byknya naikkkkkkkkkkkk!!!!
Dr. suspek i mkn chocolate byk..(mmg pun..every day i mkn ckp u...)
siap dia ckp kaya la tokey kilang chocolate tu...(mcm la i ni penyumbang terbesar lak kt kilang cadbury)



  ini antara peberet i yg dapat kaya kan 7eleven kt area office tu..


n disebabkan berat i mendadak naik..so sabtu ni i kena jmpa Dr. n telan 'air gula'..
huhuhuuhuhu..

pastu kena syarahan pasal berat i yg over tu...
kn injection utk kancing gigi..
fuyoooo..mula2 dia msk jarum xsakit sgt sbb i mngadap muka my hubby..
(cewaaaaahhh konon bleh psiko laaa)
tapi bila Dr. cabut je jarum dh terasa sakit ckit..still cool je muka...(xkan nk tunjuk kot)

Dr : "u xrasa apa2 ke" (hihihihihi..dia ingat isi kt lengan aku ni cubby so aku kebal laaaa)
Me: "sakit la sikit Dr. tp sbb baby punya pasal i ok je"
Dr : "owh..i igtkan u xrasa apa2"
Me : (senyum.....)
Dr : " ok..disebabkan u first baby..next appointment u kn cucuk lg, biasa la kandungan pertama"
Me : (kena cucuk lg?? sambil tgk muka hubby yg tengah sengih2 nk ngutuk i, sbb dia tau i ni penakut injection)

Settle bab injection kena check urine lagi..
Alhamdulillah.. urine dh ok..xmcm sblm ni...
risau la..kalo urine i kotor lg..
mst kn bebel dgn Dr..
katanya jgn tahan kencing..bykkan minum air kosong..kurangkan minuman berkafein..
bla..bla..bla...

tau x... on the way nk balik rumah...
tetiba muncul Dr. ke2 dlm keretaaaaaaa...(sapa lagi..my hubby la)
punya la dia potpet2 dkt i disebabkan berat badan naik mendadakkkkkk....

disebabkan xnk gaduh2..so i diam je...(senyum kambing..walaupun hati membengkak)

kt rumah i skrg ni dh ada Dr ke-2....(sejak2 berat badan i naik mendadak ni)
dia akn igtkan utk makan ubat...
dia akn control my makan...
dia akn control my minum..
hahahahahhahahahahahaha...
kita tgk berapa lama dia sanggup...
but i like... sbb dia makin penyayang..ambil berat utk i dan baby..






Jumaat, Disember 13, 2013

Bagaimanakah rasa sakit bersalin??

Salam..
Baby efa dh msk 5 bulan dlm perut..dh boleh rasa pergerakan baby yg semakin hari semakin lasak..
lagi2 time efa tgh drive jg waktu nk tido..
kejap je masa berlalu..

perasaan teruja utk menjadi seorang ibu yg tidak boleh digambarkannnnnn..
kadang2 efa terfikir jgk.. sakit bersalin tu mcm mn ya?? takuttttttt sgt....
berdasarkan pengalaman rakan2 perjuangan juga family..pengalaman bersalin mereka adalah berbeza..
lagi2 pulak anak sulung..(sbb xda pengalaman lgsg..org ckp zero)

ada yg menanggung kesakitan smpai 2 hari lamanya..
ada yg sakit sekejap je.. n terus bersalin..(kalo bleh pilih efa nk pakej mcm ni)

ada yg x sakit lgsg.. (means baby xnk kluar lg..w/pun dh over due)
ada yg jalan buka smpai 6cm je..pastu stop..n last2 baby kluar ikut "tingkap"..
ada yg x cukup bln tp dh sakit nk bersalin..

hmmmm mcm2 lagi laaa...

itu yg membuatkan efa gerunnnn sgt....
sbb efa ni penakut lagi2 kalo msk dlm kawasan hospital...
bau ubat yg sangat mengerunkan..
perasaan berdebar2 n nk cepat2 balik w/pun sekadar menziarahi org sakit je...

efa ada jg search blog kawan2 yg menceritakan pengalaman bersalin...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
menakutkannnnnnnn...

tapi bila difikirkan logik....
macam mn ya????????...gadis yg dh bukan gadis tu (means remaja yg terlanjur)
mengandung.. n melahirkan..pastu buang baby tu????
memang lgsg xda perasaan kah???
mcm mn keadaan mereka yg bersalin sendirian di hutan..bangunan usang..dlm tandas..
n lain2 tempat tu??
x sakit kah untuk mereka melahirkan bayi tu??
pastu senang2 utk buang...



ada yg lebih kejam lg buang dlm sungai..
buang dr tingkat atas bangunan ke bawah..
buang dalam lubang tandas..
tanam hidup2 baby tu..
N mcm2 cara lagi la sbb mencari jalan pintas untuk mengaburi mata masyarakat...



kadang2 efa fikir..diorang ni xrasa sakit kah ketika melahirkan????
senang2 je buang baby tu...
kalo efa tgk berita ke apa ke yg berkaitan dgn pembuangan bayi..
tau x sapa jadi mangsa efa?? opkos la my hubby...
hahahahahahhaha...tp lagi best 22 org emooooo kalo tgk berita tu..

sensitif ooooo...
yela org mengandung ada mcm2 alahan..morning sickness.. bleeding lagi..
kadang2 ada yg keguguran.. bukan senang nk menjadi kehamilan niii...
diorang senang2 buang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

efa ada jg tgk2 video kt youtube..mcm mn minah2 saleh kt over sea bersalin...
ishhhhhhhhhhhhhhh cobaaannnnnn...
mmg xleh nk share dgn sesapa pun.........
tgk video2 tu..efa dh geeeerun semacammmm...
rasa ngiluuuuuuuuuuuu..

"ya allah ya tuhanku..."
kau ampunilah dosa2 ku..dosa kedua ibu bapaku..
dosa muslimin & muslimat yg telah tiada mahupun yg masih bernyawa..
kau panjangkanlah umur kami..agar kami dapat beribadah kepadamu dgn lebih sempurna lagi..

"ku pohon kepadamu.. "
kau kurangkanlah kesakitan untukku melahirkan zuriat ini..
kau jadikanlah zuriatku ini anak yg soleh & solehah..
ku pohon kau jauhkanlah ank2ku dari godaan iblis dan syaitan..
ku pohon kau permudahkanlah segala yg susah..
kau ringankanlah segala yg berat..

"sesungguhnya..."
aku adalah hambamu yg kerdil lagi hina..
yg memohon perlindungan dan hidayah daripadamu..
sesungguhnya..
engkau maha pengampun.. maha pemurah..
maha pengasih lagi maha penyayang..

aminn...