Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Amanah Saham
Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen
seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)
untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peruntukan bagi
pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM9.38
bilion, manakala bayaran bonus sebanyak RM706.88 juta.
Katanya, pembayaran itu juga akan memberi manfaat kepada 8.26 juta
pemegang unit yang melanggan sebanyak 127.2 bilion unit ASB.
“Jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013, adalah
dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.1
peratus berbanding pendapatan kasar sebanyak RM8.62 bilion yang
diperoleh pada tahun lalu.
“Pendapatan dividen daripada
syarikat pelabur pula menyumbang sebanyak RM4.41 bilion atau 44.5
peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham
menyumbang RM4 bilion atau 40.3 peratus, manakala baki 15.2 peratus atau
RM1.51 bilion adalah daripada pendapatan lain,” katanya pada sidang
media di majlis pengumuman pendapatan ASB, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad
Kama Piah Che Othman berkata, walaupun pengagihan dividen kali ini
rendah sedikit berbanding tahun lalu, kadar itu kekal kompetitif di
tengah ketidaktentuan ekonomi global.
Menurutnya, kadar dividen itu juga bukanlah terendah yang pernah
diagihkan oleh PNB sebelum ini kerana pada 2009, pengagihan dividen
termasuk bonus ialah 8.6 sen seunit.
“Sebenarnya PNB mampu
membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi kita
bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk
lebih berdaya mampan di masa hadapan,” katanya.
target xkesampaian..huhuhuhu
tapi syukur sangat dgn rezeki yg ada..
need to do dgn dividen ni:
1.awal tahun ni (2014) road-tax my car mati (pakej insurans skali)
2. nk shopping barang2 baby sikit..
3. mayb ajak my hubby pegi bercuti (dlm malaysia je)
itu je buat masa ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan