"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Selasa, Mei 13, 2014

Risiko akibat pecah air ketuban


Just nk share sbb pernah terjadi pada efa semasa nak lahirkan farish..

Sumber : Pa & Ma


Lazimnya, kebanyakkan ketuban wanita hamil akan pecah di fasa pertama proses kelahiran. w/bagaimana pun seorang drpd 10 org wanita akan mengalami ketuban pecah sblm proses kelahiran bermula. Ia dikenali sebagai prelabour rupture of membranes at term @ PROM.
Sebagai langkah berjaga2, jgn panik jika air ketuban pecah sblm anda mula sakit bersalin. Apa yg perlu anda lakukan ialah memakai tuala wanita utk membolehkan anda menakung air ketuban yg keluar sementara waktu. Dalam masa yg sama, penggunaan tuala wanita boleh membantu anda mengenal pasti warna air ketuban yg keluar. Cecair drpd ketuban yg biasa keluar adalah jernih, berwarna kekuningan dan mungkin bercampur dengan sedikit darah.
Perlu anda tahu bahawa amaun air ketuban yg keluar adalah berbeza antara seorang wanita hamil dgn yg lainnya. Ada yg hanya keluar sedikit dan tidak kurang jg yg keluar bagaikan air paip mengalir. Jangan panic! Sekiranya air ketuban yg keluar banyak, anda digalakkan menggunakan tuala muka bagi menggantikan tuala wanita. Jika air ketuban yg keluar hanya titisan air, ada baiknya anda lakukan pemeriksaan sendiri dgn teliti. Hal ini bagi menetukan sama ada cecair yg keluar itu bukannya air kencing.
Apa2 pun, penting untuk diketahui bahawa jika mendapati ketuban pecah, dapatkan pemeriksaan segera daripada doctor tidak kira pada usia berapa pun kandungan anda. Jika di akhir trimester kehamilan pun, anda perlu segera bertemu doctor w/pun tidak mengalami kontraksi. Hal ini kerana sebaik sahaja ketuban pecah, perlindungan terhadap kandungan daripada sebarang risiko jangkitan adalah rendah.
Sehubungan itu, jika usia kandungan adalah 37 minggu ke atas dan anda belum mengalami kontraksi dalam tempoh 24 jam selepas ketuban pecah, doctor akan mencadangkan agar anda mengambil ubat pencetus kontraksi bagi membolehkan anda bersalin dengan segera.
Dilaporkan 9 drpd 10 org wanita yg hamil melebihi 37 minggu akan melahirkan anak secara normal dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas ketuban pecah. Namun, jika anda hamil antara 34 dan 37 minggu, anda boleh memilih sama ada mahu mengambil ubat pencetus kontraksi bagi memulakan proses kelahiran @ menuggu dan melihat perkembangan seterusnya.
Risiko-risiko
Apabila ketuban pecah, tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca penyebab bayi lemas. Kebiasaannya doctor akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan ceaserean bagi mengeluarkan bayi jika hal ini berlaku.
Uri pula boleh lekang drpd terus melekat pada dinding Rahim disebabkan factor perubahan tekanan yg berlaku secara mendadak akibat kebocoran besar seperti dalam kes polihidramnios. Anda juga boleh kehilangan banyak darah dlm jumlah yg banyak dan pada masa yg sama boleh membahayakan keselamatan bayi yg dikandung.
Risiko lain yg boleh berlaku termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika keruban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan kandungan melalui faraj. Selain drpd itu, ai boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah kandungan dan anda (sepsis)
Kedudukan bayi dalam kandungan boleh kekal tidak normal kerana kekurangan @ ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuknya bergerak dan membetulkan kedudukan. Meconium aspiration syndrome juga boleh terjadi dimana kandungan air ketuban yg sedikit menyebabkan najis kandungan tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap dirinya jika najis memasuki ruang pernafasan.
Untuk pengatahuan anda….
Selepas air ketuban pecah:
Ø Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi diperiksa oleh doctor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa proses kelahiran.
Ø Periksa suhu tubuh setiap 4 jam ketika dalam keadaan berjaga bagi memastikan anda demam @ tidak.
Ø Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau air ketuban. Warna selain drpd kekuningan adalah petanda terdapatnya jangkitan.
Ø Pastikan pergerakan bayi adalah seperti biasa. Jika anda mempunyai sebarang tanda2 jangkitan @ demam @ mendapati pergerakan bayi berkurangan, dapatkan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika disahkan terkena jangkitan, anda memerlukan antibiotic intravena dan doctor akan memberi ubat pencetus kontraksi agar anda dapat melahirkan bayi dengan segera.
Ø Jikan anda tidak mempunyai sebarang tanda2 jangkitan tetapi ketuban telah pecah lebih drpd 24 jam, anda dinasihatkan utk melahirkan bayi di hospital. Hal ini disebabkan kebimbangan bayi anda mungkin memerlukan akses @ pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal.


Kes efa:
·       Ketuban pecah pukul 4pagi
·       Bersama darah tetapi dlm kuantiti yg sedikit
·       Lahirkan farish 12.58pagi keesokkannya
·       farish dimasukkan (antibiotic) sbb kena jangkitan kuman (3 hari kena tahan wad)
apapun Farish dah selamat dilahirkan & membesar bagai johan.. hihihihi..
Terima kasih Ya Allah.. kerana kau berikan aku peluang utk menjadi seorang ibu..


Tahukah anda

“menjelang penghujung kehamilan, jumlah air ketuban yg keluar boleh mencapai kira2 800ml”

Khamis, Mei 08, 2014

36 minggu dah bersalin..

Bersalin 36 minggu continue..
18/3/2014 (selasa)
Hari ni merupakan hari ke-2 dgn mengedikkan diri minta hubby hantar & amik dari opis.
Kalo hubby amik maksudnya efa keluar dr opis lewat la… efa blk pkol 5.. hubby blk pkol 6..
Tapi special time minta hubby blk pkol 5 jg sampai due date efa 18/4/2014 nti..
Kiranya xlewat sgt la hubby smpai kt opis.. around 5.45pm gitu..

Dlm kereta.. pertama kalinya hubby tny pasal persiapan nak bersalin nti..
Hubby : syg.. baju baby dh msk dlm beg?
Me: dah.. Cuma xmskkan dlm kete je lagi..
Hubby : eh..dh kena mskkan dlm kete ni.. atleast standby kalo dh time nk bersalin senang terus pegi je..
Me: ok la..esok ingatkan tau..amik beg barang baby simpan dlm kete..
Hubby: pantang nti nk amik sapa urutkan?
Me: eh..kan abg dh amik no HP makcik tukang urut yg kt kepong tu.. (dlm hati nk sgt blk pantang kt kg)
Hubby: hmmm..abg simpan no tu.. tapi sapa nk tlg tgkkan syg time abg msk opis??
Me: haaaa..apa kata izinkan syg blk kg je.. lgpun kat kg dh ada tukang urut.. murah pun murah.. (akhirnya isi hati yg terpendam lama dpt diluahkan, mn xnya..sblm ni hubby sniri nk jg efa bila bersalin. Bila dh dengar mcm tu tkut plak nk suarakan pendapat utk berpantang kt kg)
Hubby: syg ok ke kalo pantang kt kg?
Me: ok je..(dlm hati  ni dh sorak kegembiraan)
Hubby: hmmm..ok la kalo mcm tu.. dh bersalin nti abg hntr blk kg..

Mlm tu balik masak ala kadar je..
Lepas teman hubby makan efa minta izin msk bilik nk tido awal sbb sakit pinggang..
(sakit pinggang ni dh selalu jd so xde nk fikir apa2 lg)

19/3/2014 (rabu)
Pkol 2.00am efa bangun sbb perut memulas mcm nk membuang.. & bila dh selesai sambung blk zzzz..
Pkol 4.00am efa bangun lagi..kali ni nk kencing  lak.. lepas kencing efa msk bilik utk sambung tido.. tapi rasa lain mcm kt panties.. dh kencing pun rasa panties still basah lg.. tapi tetap buat xtau je.. terus zzzzzzzz…

Hari dh siang efa rasa panties n kain dh basah.. tapi xbasah teruk pun.. (dlm hati fikir xkan kencing kotor lg kot) efa xterus mandi.. tukar panties n kain.. pastu pkai pad..
Smbil tu buatkan air utk breakfast.
Efa pegi buka web Pa & Ma utk baca1 artikel “Tanda2 bersalin”.
Efa dh xsedap hati gitu.. gtau hubby yg efa nk amik mc je..
Hubby pun siap2 pegi keje.. efa msk toilet nk cek pad nk tgk samaada still basah @ x.. tgk2 ada darahhhhh.. huhuhuhu..bila pegang perut baru perasan perut mcm dh kecik cikit dari semalam..
N sempat pg smbung baca artikel tadi.. (wahhhhhhhh..kemungkinan ada jg persamaan dgn kes efa ni)
Terus call hubby gtau dia xpyh pegi keje.. hikhikhik..

Bila dia msk rmh n tnya efa kenapa.. terus mcm nk nangis… uwaaaaa.. (mmg nangis pun) gtau ada darah kt pad.. (pasal darah xrisau sgt sbb sepanjang preggy mmg slalu bleeding tapi bab perut makin kecik  n baby kurang gerak tu yg risau sgt) hubby punya la risau smpai xbercakap.. asyik tgk efa je.. pastu ajak pg klinik..

Efa sempat call mak gtau tanda2 tu.. mak pun saran pg klinik.. dah tu mak pulak risau…………..
Tgu pkol 9.30am pg breakfast nasi lemak dgn hubby. Pastu terus g klinik Dr. Normah..
Cerita kt Dr. Pushpa ttg kejadian yg menimpa n dia mula risau.. walaupun efa langsung xrasa sakit.
Dia sarankan agar efa rujuk kt hospital je.. sbb dia tkut nk amik risiko..

Then balik amik brg2 keperluan utk ke hospital sg.buloh (terdekat).
Sempat lagi pg beli beg utk ltk baju baby sblm ke hospital..

Register kt wad bersalin sg. Buluh, nurse suruh sediakan kain batik sehelai..n ikut dia masuk..
Ramainya ibu mengandun yg tgu turn utk checkup..
Bila dh time wat CTG baby efa ddk sblh ibu yg tgh mengalami kontraksi.. punya la dia menjerit mcm dh nk bersalin. Fuhhhhhhhhh terus rasa berdebar2 dgr dia menjerit.. mcm xnk bersalin pun ada..hikhikhik

Lama tgu kt dlm efa keluar kt hubby..
Asyik keluar masuk je sampai la petang..
Pkol 4.00pm jumpa dgn Dr. n cerita sikit apa yg terjadi n dia minta izin cek ‘jalan’.
Wahhhhhhhhhhhhhh.. dh 3cm!!! then Dr. tu ckp “saya xboleh bg puan blk w/pun rmh puan dkt sbb jln dh buka 3cm, takut jd apa2 nti”.

Hah 3cm?? sedangkan xrasa sakit lgsg..
Efa keluar msk lagi kt tempat menunggu..tgk muka husband lg best dr tgk org kt dlm yg menanggung sakit tu.. call mak gtau kn tahan wad n xpyh risau sgt..kalo ada sebarang berita akan gtau mak blk..

Turn efa yg seterusnya pkol 5.00pm..
Uwaaaa punya la lama… (tp xpela dh ramai org..lgpun hospital kerajaankan)
Nurse mskkan ubt kt punggung utk matangkan paru2 baby.. sbb kandungan efa 36 minggu tepat!
Kalo xbersalin juga malam ni esok pkol 5.00am efa kena cucuk punggung sebelah plak. Huhuhuhuhu..
Ya rabbi……………… punya la sakit.. rasa mcm nk tampar nurse tu pun ada. Bila ubt dh serap msk sakit kt punggung makin hilang..alhamdulillah..

Efa xpasti pkol bpa start sakit..  tapi sepanjang sakit pinggang tu mulut efa xputus2 sebut
“laila hailla anta subhana kainni kuntuminazholimin”
Pegi kt hubby mula rasa sakit pinggang..(xtau pun sakit ni rupanya sakit nk bersalin)
Hubby pun tlg la urut pinggang..
sepanjang hari xmkn..uwaaaaa..perangai efa kalo dh risau apa pun dh xlalu nk mkn..

sakit pinggang dh mula makin kerap.. xkira pun time ni kekerapan sakit kembali menjengah..
pkol 11.30pm mcm tu efa gtau nurse nk baring kt katil sebab pinggang sakit mcm nk tercabut..
apa lg kelang-kabut nurse tu bagi katil utk efa baring..then dia tanpa segan silunya cek bukaan efa…
taraaaaaaaaaaaaaaaaaa dh 8cm!!!

dia letak CTG kt perut utk cek jantung baby.. makin sakit pinggang xpyh nk ckp…..
pkol 12.15am efa tekan button kecemasan sbb sakit pinggang n rasa nk membuang.
Nurse cek bukaan lagi..dh 10cm!! berlari dia nk amik wheel chair..
Time ni efa dh xboleh duduk.. nurse srh duduk atas wheel chair tu utk bw msk ke labour room..
OTW nurse tolak efa, sempat lg dia singgah amik apa tah.. uwaaaaaaaa.. org dh sakit bleh plak dia wat iklan.. sementara tu dia warning “jgn teran lg dik…jgn teran dik tau..”

Masuk labour room nurse sempat tny nak panggil husband x?
Opkos la nk.. sokongan moral perlu ada..
Sementara tgu staff nurse wat persiapan utk sambut baby efa minta air sbb dahaga sgt..
Nurse bw air tp efa xsempat minum sbb sakit kembali lg..
hubby smpai.. N efa gtau dh xtahan sgt ni..

Push time efa sgt lemah.. breakfast nasi lemak je kot.. air pun kurang..
Kena marah dgn JM sbb xkuat push.. hihihihihi.. byk kali jgk push..
Kepala baby asyik keluar msk je.. sbb nafas efa pendek saat tu..
time efa push terus dgr mcm ada org gunting kt bwh.. n JM sorg lg tu tolak perut efa ke depan..
Huhuhuhu.. confirm la kn jahit nti..( kalo nk bersalin tu elok mkn dlu simpan tenaga utk bersalin nti)

12.48am keluarlah khalifah allah yg diberi nama “Muhammad Farish Rifqie” dgn berat 2.58kg..
Alhamdullillah..syukur padamu ya allah..

Lepas je farish dibawa utk dibesihkan n diazankan oleh hubby baru efa igt step2 nk push..
Hahahahahahaha..xda gunanya lg..dh lepas pun..

Ø  Pegang kedua buku lali kaki
Ø  Kepala angkat separuh n kena tgk perut
Ø  Tarik nafas panjang n lepassss (time sakit tu)
Ø  Jangan menjerit& kena tutup mulut

 pengalaman yg sangat tak boleh dilupakan........









Selasa, Mei 06, 2014

Bersalin 36 minggu

salam..
dh lama bercuti dari dok kodek2 blog ni..
efa just share yg efa dah bersalin..
jangkaan sebenar bersalin 18/4/2014..
tetapi sifarish sayang ni nk keluar awal dr perut mummy..
efa bersalin 20/3/2014 (khamis) jam 12.48am

nti efa continue potpet2..
sebab sifarish sayang dh bunyi2..

bye..