"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Selasa, Mei 13, 2014

Risiko akibat pecah air ketuban


Just nk share sbb pernah terjadi pada efa semasa nak lahirkan farish..

Sumber : Pa & Ma


Lazimnya, kebanyakkan ketuban wanita hamil akan pecah di fasa pertama proses kelahiran. w/bagaimana pun seorang drpd 10 org wanita akan mengalami ketuban pecah sblm proses kelahiran bermula. Ia dikenali sebagai prelabour rupture of membranes at term @ PROM.
Sebagai langkah berjaga2, jgn panik jika air ketuban pecah sblm anda mula sakit bersalin. Apa yg perlu anda lakukan ialah memakai tuala wanita utk membolehkan anda menakung air ketuban yg keluar sementara waktu. Dalam masa yg sama, penggunaan tuala wanita boleh membantu anda mengenal pasti warna air ketuban yg keluar. Cecair drpd ketuban yg biasa keluar adalah jernih, berwarna kekuningan dan mungkin bercampur dengan sedikit darah.
Perlu anda tahu bahawa amaun air ketuban yg keluar adalah berbeza antara seorang wanita hamil dgn yg lainnya. Ada yg hanya keluar sedikit dan tidak kurang jg yg keluar bagaikan air paip mengalir. Jangan panic! Sekiranya air ketuban yg keluar banyak, anda digalakkan menggunakan tuala muka bagi menggantikan tuala wanita. Jika air ketuban yg keluar hanya titisan air, ada baiknya anda lakukan pemeriksaan sendiri dgn teliti. Hal ini bagi menetukan sama ada cecair yg keluar itu bukannya air kencing.
Apa2 pun, penting untuk diketahui bahawa jika mendapati ketuban pecah, dapatkan pemeriksaan segera daripada doctor tidak kira pada usia berapa pun kandungan anda. Jika di akhir trimester kehamilan pun, anda perlu segera bertemu doctor w/pun tidak mengalami kontraksi. Hal ini kerana sebaik sahaja ketuban pecah, perlindungan terhadap kandungan daripada sebarang risiko jangkitan adalah rendah.
Sehubungan itu, jika usia kandungan adalah 37 minggu ke atas dan anda belum mengalami kontraksi dalam tempoh 24 jam selepas ketuban pecah, doctor akan mencadangkan agar anda mengambil ubat pencetus kontraksi bagi membolehkan anda bersalin dengan segera.
Dilaporkan 9 drpd 10 org wanita yg hamil melebihi 37 minggu akan melahirkan anak secara normal dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas ketuban pecah. Namun, jika anda hamil antara 34 dan 37 minggu, anda boleh memilih sama ada mahu mengambil ubat pencetus kontraksi bagi memulakan proses kelahiran @ menuggu dan melihat perkembangan seterusnya.
Risiko-risiko
Apabila ketuban pecah, tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca penyebab bayi lemas. Kebiasaannya doctor akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan ceaserean bagi mengeluarkan bayi jika hal ini berlaku.
Uri pula boleh lekang drpd terus melekat pada dinding Rahim disebabkan factor perubahan tekanan yg berlaku secara mendadak akibat kebocoran besar seperti dalam kes polihidramnios. Anda juga boleh kehilangan banyak darah dlm jumlah yg banyak dan pada masa yg sama boleh membahayakan keselamatan bayi yg dikandung.
Risiko lain yg boleh berlaku termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika keruban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan kandungan melalui faraj. Selain drpd itu, ai boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah kandungan dan anda (sepsis)
Kedudukan bayi dalam kandungan boleh kekal tidak normal kerana kekurangan @ ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuknya bergerak dan membetulkan kedudukan. Meconium aspiration syndrome juga boleh terjadi dimana kandungan air ketuban yg sedikit menyebabkan najis kandungan tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap dirinya jika najis memasuki ruang pernafasan.
Untuk pengatahuan anda….
Selepas air ketuban pecah:
Ø Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi diperiksa oleh doctor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa proses kelahiran.
Ø Periksa suhu tubuh setiap 4 jam ketika dalam keadaan berjaga bagi memastikan anda demam @ tidak.
Ø Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau air ketuban. Warna selain drpd kekuningan adalah petanda terdapatnya jangkitan.
Ø Pastikan pergerakan bayi adalah seperti biasa. Jika anda mempunyai sebarang tanda2 jangkitan @ demam @ mendapati pergerakan bayi berkurangan, dapatkan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika disahkan terkena jangkitan, anda memerlukan antibiotic intravena dan doctor akan memberi ubat pencetus kontraksi agar anda dapat melahirkan bayi dengan segera.
Ø Jikan anda tidak mempunyai sebarang tanda2 jangkitan tetapi ketuban telah pecah lebih drpd 24 jam, anda dinasihatkan utk melahirkan bayi di hospital. Hal ini disebabkan kebimbangan bayi anda mungkin memerlukan akses @ pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal.


Kes efa:
·       Ketuban pecah pukul 4pagi
·       Bersama darah tetapi dlm kuantiti yg sedikit
·       Lahirkan farish 12.58pagi keesokkannya
·       farish dimasukkan (antibiotic) sbb kena jangkitan kuman (3 hari kena tahan wad)
apapun Farish dah selamat dilahirkan & membesar bagai johan.. hihihihi..
Terima kasih Ya Allah.. kerana kau berikan aku peluang utk menjadi seorang ibu..


Tahukah anda

“menjelang penghujung kehamilan, jumlah air ketuban yg keluar boleh mencapai kira2 800ml”

6 ulasan:

Fazliana berkata...

salam..info yang bermanfaat.tq=)

Unknown berkata...

waalaikumsalam.. thanks.. sharing is caring..

Unknown berkata...

Tq 4 info... s
Nsb baik result akhir bacaan yg mlega kn... ape pn berserah kpd ALLAH... tgh tggu wife skrg nie slps 24jam pch air ketumban...

Unknown berkata...

tahniah abe watanabe..

muliacahayamulia berkata...

Saya sekarang 35w 6d.. semalam 2.30 pm pecah ketuban banyak, terus dtg hosp kalan buka 2cm. Sehingga hari ni 8.30am takde kontraksi yg kuat, air ketuban terus keluar. Tak tau lagi apa plan doctor hari ini. Sis kena induce ke?

Unknown berkata...

Salam..sis @muliacahayamulia
saya just kena cucuk untuk matangkan paru2 baby je..
tu pun sebelah..sebelah lg dh x sempat..baby nk keluar dlu..
time tu kandungan awal sebulan..
semoga sis dan baby selamat n sihat..