Just nk share sbb pernah
terjadi pada efa semasa nak lahirkan farish..
Sumber : Pa & Ma
Lazimnya, kebanyakkan ketuban
wanita hamil akan pecah di fasa pertama proses kelahiran. w/bagaimana pun
seorang drpd 10 org wanita akan mengalami ketuban pecah sblm proses kelahiran
bermula. Ia dikenali sebagai prelabour rupture of membranes at term @ PROM.
Sebagai langkah berjaga2, jgn
panik jika air ketuban pecah sblm anda mula sakit bersalin. Apa yg perlu anda
lakukan ialah memakai tuala wanita utk membolehkan anda menakung air ketuban yg
keluar sementara waktu. Dalam masa yg sama, penggunaan tuala wanita
boleh membantu anda mengenal pasti warna air ketuban yg keluar. Cecair drpd
ketuban yg biasa keluar adalah jernih, berwarna kekuningan dan mungkin
bercampur dengan sedikit darah.
Perlu anda tahu bahawa amaun
air ketuban yg keluar adalah berbeza antara seorang wanita hamil dgn yg
lainnya. Ada yg hanya keluar sedikit dan tidak kurang jg yg keluar bagaikan air
paip mengalir. Jangan panic! Sekiranya air ketuban yg keluar banyak, anda
digalakkan menggunakan tuala muka bagi menggantikan tuala wanita. Jika air
ketuban yg keluar hanya titisan air, ada baiknya anda lakukan pemeriksaan
sendiri dgn teliti. Hal ini bagi menetukan sama ada cecair yg keluar
itu bukannya air kencing.
Apa2 pun, penting untuk
diketahui bahawa jika mendapati ketuban pecah, dapatkan pemeriksaan segera
daripada doctor tidak kira pada usia berapa pun kandungan anda. Jika di akhir
trimester kehamilan pun, anda perlu segera bertemu doctor w/pun tidak mengalami
kontraksi. Hal ini kerana sebaik sahaja ketuban pecah, perlindungan
terhadap kandungan daripada sebarang risiko jangkitan adalah rendah.
Sehubungan itu, jika usia
kandungan adalah 37 minggu ke atas dan anda belum mengalami kontraksi dalam
tempoh 24 jam selepas ketuban pecah, doctor akan mencadangkan agar anda
mengambil ubat pencetus kontraksi bagi membolehkan anda bersalin dengan segera.
Dilaporkan 9 drpd 10 org wanita
yg hamil melebihi 37 minggu akan melahirkan anak secara normal dalam tempoh 24
hingga 48 jam selepas ketuban pecah. Namun, jika anda hamil antara 34 dan 37
minggu, anda boleh memilih sama ada mahu mengambil ubat pencetus kontraksi bagi
memulakan proses kelahiran @ menuggu dan melihat perkembangan seterusnya.
Risiko-risiko
Apabila ketuban pecah, tali
pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca penyebab bayi lemas.
Kebiasaannya doctor akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan
ceaserean bagi mengeluarkan bayi jika hal ini berlaku.
Uri pula boleh lekang drpd
terus melekat pada dinding Rahim disebabkan factor perubahan tekanan yg berlaku
secara mendadak akibat kebocoran besar seperti dalam kes polihidramnios. Anda
juga boleh kehilangan banyak darah dlm jumlah yg banyak dan pada masa yg sama
boleh membahayakan keselamatan bayi yg dikandung.
Risiko lain yg boleh berlaku
termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika keruban pecah melebihi 24
jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan kandungan melalui faraj. Selain
drpd itu, ai boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah
kandungan dan anda (sepsis)
Kedudukan bayi dalam kandungan
boleh kekal tidak normal kerana kekurangan @ ketiadaan air ketuban bagi memberi
ruang untuknya bergerak dan membetulkan kedudukan. Meconium aspiration syndrome
juga boleh terjadi dimana kandungan air ketuban yg sedikit menyebabkan najis
kandungan tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap dirinya jika najis
memasuki ruang pernafasan.
Untuk pengatahuan anda….
Selepas air ketuban pecah:
Ø Pastikan kadar denyutan
jantung dan pergerakan bayi diperiksa oleh doctor setiap 24 jam sehingga anda
berada dalam fasa proses kelahiran.
Ø Periksa suhu tubuh
setiap 4 jam ketika dalam keadaan berjaga bagi memastikan anda demam @ tidak.
Ø Perhatikan sebarang perubahan
dalam warna dan bau air ketuban. Warna selain drpd kekuningan adalah petanda
terdapatnya jangkitan.
Ø Pastikan pergerakan bayi
adalah seperti biasa. Jika anda mempunyai sebarang tanda2 jangkitan @ demam @
mendapati pergerakan bayi berkurangan, dapatkan pemeriksaan doctor secepat
mungkin. Jika disahkan terkena jangkitan, anda memerlukan antibiotic intravena
dan doctor akan memberi ubat pencetus kontraksi agar anda dapat melahirkan bayi
dengan segera.
Ø Jikan anda tidak
mempunyai sebarang tanda2 jangkitan tetapi ketuban telah pecah lebih drpd 24
jam, anda dinasihatkan utk melahirkan bayi di hospital. Hal ini disebabkan
kebimbangan bayi anda mungkin memerlukan akses @ pemindahan segera ke pusat
jagaan neonatal.
Kes efa:
·
Ketuban pecah pukul
4pagi
·
Bersama darah tetapi dlm
kuantiti yg sedikit
·
Lahirkan farish
12.58pagi keesokkannya
·
farish dimasukkan
(antibiotic) sbb kena jangkitan kuman (3 hari kena tahan wad)
apapun Farish dah selamat
dilahirkan & membesar bagai johan.. hihihihi..
Terima kasih Ya Allah.. kerana
kau berikan aku peluang utk menjadi seorang ibu..
Tahukah anda
“menjelang penghujung
kehamilan, jumlah air ketuban yg keluar boleh mencapai kira2 800ml”
6 ulasan:
salam..info yang bermanfaat.tq=)
waalaikumsalam.. thanks.. sharing is caring..
Tq 4 info... s
Nsb baik result akhir bacaan yg mlega kn... ape pn berserah kpd ALLAH... tgh tggu wife skrg nie slps 24jam pch air ketumban...
tahniah abe watanabe..
Saya sekarang 35w 6d.. semalam 2.30 pm pecah ketuban banyak, terus dtg hosp kalan buka 2cm. Sehingga hari ni 8.30am takde kontraksi yg kuat, air ketuban terus keluar. Tak tau lagi apa plan doctor hari ini. Sis kena induce ke?
Salam..sis @muliacahayamulia
saya just kena cucuk untuk matangkan paru2 baby je..
tu pun sebelah..sebelah lg dh x sempat..baby nk keluar dlu..
time tu kandungan awal sebulan..
semoga sis dan baby selamat n sihat..
Catat Ulasan