Assalamualaikum,
Baru2 ni efa ada terima banyak pertanyaan tentang Set Kesuburan Shaklee. Ada sahabat yang dah bertahun-tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Anak itu rezeki dari Allah.Ada yang belum ada rezeki walaupun dah lama berkahwin.Tapi Allah suruh kita berusaha dan jangan berputus asa, InsyaAllah pasti ada rezeki Allah akan kurniakan. So please never give up yer...
tengok baby comel2 mcm ni sapa yg x geramkan?? hihihihihihi
Sebenarnya, banyak faktor yang menentukan tahap kesuburan seseorang itu.
Kesihatan diri individu itu samada lelaki mahupun perempuan adalah faktor utama yang menentukan samada anda mampu menghasilkan sperma yang sihat bagi si suami atau telur yang matang bagi si isteri.
Kebiasaannya pasangan suami isteri yang sudah berkahwin lebih daripada setahun namun masih belum dikurniakan cahayamata, dinasihatkan berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut. efa tau macam mana perasaan orang yang dah lama kahwin dan belum dapat zuriat,,
Orang melayu kita ni.. "lepas sebulan 2 kahwin mesti akan tanya.. dh ada isi ke belum.."
wahhhh...soalan tu pun dah rasa berdesing telinga ni tau...
sangat sensitif utk mereka yang belum ada rezeki...
Mungkin dari luar kita nampak sihat je. Tetapi dari dalam kita tak tahu mungkin ada yang kurang. Sebaiknya suami isteri bersama-sama pergi menjalani pemeriksaan.
Jadi betulkan apa-apa masalah dalam badan yang mungkin menyebabkan kesukaran untuk hamil bagi sesetengah wanita.
JOM....
Efa just nk share info yg efa copy paste dari my master
Jom kita share tentang supplement Shaklee yang sesuai diambil oleh kedua-dua pasangan suami isteri yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Mana tahu, jika sebelum ini sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan, mungkin Shaklee yang berkesan bagi anda.
A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):
*ESP, Vita-Lea, B-Comp dan Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.
(1) Energising Soy Protein ESP – Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
(2) Vita-Lea (Multivitamin) – Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.
(3) Vitamin C – Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum. Ia juga membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesteron.
(4) B-Complex with Folic Acid - Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.
B) Vitamin Kesuburan:-
(5) GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).
Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
(6) Alfalfa Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
(7) Vitamin E dan Selenium – Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
(8) Zinc Complex – Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.
Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
(9) COQHealth - Coenzyme Q10 (CoQ10) berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel badan. Ia ibarat vitamin yang boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai banyak tenaga seperti jantung, hati, ginjal dan pancreas.
Para saintis memberikan teori bahawa CoEnzyme Q10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju telur ovum. Maka ia dapat memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.
Ini adalah antara testimony mereka yang berjaya hamil selepas mengamalkan Set Kesuburan Shaklee:-
Jadi, sekiranya anda atau ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat, mungkin boleh cuba cadangkan Set Kesuburan di atas. Semoga usaha ini akan diberkati Allah, dan mereka dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan