Sekiranya anda sangat
memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada
badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga
janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir
pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya
atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah
terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian
daripadanya @ tiada langsung!
1.
Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada
orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan
bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping
tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2.
Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit
disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa
minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh
ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan
kandungan yang terdahulu.
3.
Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah
mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda,
anda akan merasa kerap untuk buang air.
4.
Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada
tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh
membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah
sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5.
Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya
anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak
serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid.
Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat
ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6.
Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari
selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan
senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan
yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7.
Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda
bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas
beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa
luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8.
Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang
sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi,
anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak
dari hari pertama ia naik.
9.
Missed period
Sekiranya haid anda
teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya
untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10.
Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah
beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing,
kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!!!!
sumber dari: Pa&Ma
sumber dari: Pa&Ma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan