aku dh buat ASB loan dgn CIMB hampir 5 tahun..
dulu sepupu aku just ckp je kebaikan ASB loan ni..
terus aku call CIMB sbb nk tau mcm mana term & conditions dia..
ternyata aku layak buat asb loan..
bila dokumen yg diperlukan siap, terus aku submit kt cimb bandar puteri puchong..
byk kebaikan dh aku dapat..
1st year dpt dividen aku dh guna untuk bayar deposit kereta..
& till now aku pusing je duit dividen utk byr road-tax & insurans my car..
pastu balance duit dividen tu aku byr balik loan tu..(walaupun xbyk)
kt bwh ni ada ckit story tentang untung ruginya ASB loan ni..
- Membuat pelaburan asb ni memang memberi pulangan yang agak lumayan berbanding risiko yang rendah. Risiko tetap ada iaitu pulangan yang kadangkala agak rendah berbanding pelaburan lain seperti unit trust, emas, saham, dsb. Secara purata, dividen asb yang diberikan sekitar 7% dan bonus pula sekitar 1% setiap tahun.
- Untuk melabur dalam asb ni, ada dua cara iaitu melalui menyimpan sendiri atau melalui pinjaman atau loan asb. Mana yang lebih untung? Pada pendapat saya, melabur dalam asb dengan membuat loan asb lebih menguntungkan. Kalau org bisnes kata, meminjamlah untung mendapat pulangan yang lebih tinggi berbanding kos pinjaman.
- Buat masa ni, rata-rata bank (Maybank, CIMB, RHB) menawarkan pinjaman asb pada kadar faedah BLR-1.65%. Sekarang faedah yang dikenakan hanyalah 4.95%. Cimb bank kini mengenakan kadar faedah 4.95% iaitu BLR – 1.65% untuk amaun 30K dan ke atas.
- Pinjaman asb ni dikira berdasarkan kaedah reducing principal. Maknanya, interest hanya dikenakan kepada baki pinjaman, macam loan rumah, tidak seperti personal loan yang mengenakan flat rate.
- Kesilapan kerap berlaku apabila pelabur membuat perbandingan antara pulangan menyimpan sendiri dan loan asb. Dan ramai juga yang memilih untuk menyimpan sendiri sahaja. Tapi ada juga yg memilih loan asb, tapi strategi yg dipilih tidak betul.
- Strategi yg betul bila buat loan asb ialah dengan mengambil tempoh pinjaman maksimum dan amaun pinjaman maksimum yg anda mampu. Teknik ni akan memberikan anda pulangan atau ROI yg paling tinggi. Tapi ramai yg kata, 20 tahun tu terlalu lama. Tapi tidak semestinya kena tunggu 20 tahun, sebab untuk memaksimakan pulangan, loan asb ni kita boleh terminate selepas 2-5 tahun. Lepas tu apply semula dan terminate selepas 2 – 5 tahun, dan ulang teknik ni sehingga mencapai target amaun anda.
|
CIMB Bank
|
Kadar Faedah
|
Untuk semua jumlah
pinjaman:
KPA – 1.65% p.a. (i.e. 4.95%) bergantung kepada
tempoh pinjaman
Kadar pinjaman asas (KPA = 6.60% (dipersetujui oleh mn2
bank)
|
Insurans
|
Wajib
Dilindungi sehingga 5% dari jumlah pinjaman melalui Group
Amanah Saham Assurance (GASA)
|
Yuran dokumentasi
|
Promosi : RM 50 (yuran permohonan)
0.5% setem duti utk surat tawaran
RM 10 bayaran setem duti utk MOD 014
* Bayaran akan ditolak melalui akaun pelanggan.
|
Tahap keuntungan
|
100%
|
Jumlah pinjaman
|
Minimum RM 10k
Maksimum RM 200k (setiap
permohonan)
|
Tempoh pinjaman
|
Minimum 5 tahun
Maximum 25 tahun @ sehingga umur 60 tahun, @mana2
yang terawal.
|
Dokumen yang diperlukan
|
i) Salinan IC pemohon
ii) Salinan buku ASB
@ penyata terakhir ASB pemohon
iii) penyata pendapatan bulanan 3 bulan slip gaji @ mn2
penyata pendapatan (i.e. 6 bulan penyata akaun/ penyata tabung haji/ penyata
dividen ASNB)
|
Denda utk pembayaran awal dr tempoh matang.
|
Sepanjang 3 tahun pertama
dari tarikh pinjaman akan dikenakan caj sebanyak 3.5% drpd jumlah sebenar
pinjaman.
|
9 ulasan:
Hi.. ce try tgk blog ni. Pasal loan ASB. Informative gak.
http://asbclub4u.blogspot.com/
Blog asbclub4u tu mmg byk info!!
http://asbclub4u.blogspot.com
Rugi pinjam2 ni.. Baik simpan sendiri.... Mmg Jangka pendek kite x nmpak tp bile kire2 jangka pjg byk untungkan bank. Bank kan bisnesnye bg pinjaman gak....
a'kum jika anda membuat pinjaman asb dah tentu dividen kena tolak interest....
cth dividen 10% - interest 5%= 5% jer anda untung.....saya ada satu skim simpanan keuntung 18-35% setahun.....tak payah buat loan just simpan 250 ...seolah anda menyimpan.....30k .....setiap 2 tahun anda akan dapat bonus 1800...
jumlah simpanan 2 tahun 5652 bahagi 1800 = 0.31 .....bersamaan 31/100 = 31% dari untung dari anda buat pinjaman asb.....
jika simpanan 24 tahun ....campur bonus dah RM 104,182
kalau simpanan anda
250 x 12bln x 24tahun = 72000
jika mati@hilang upaya....tak yah simpan...semua simpanan anda dikembalikan....pampasan RM30,000 akan diberi... bonus setiap 2 tahun (RM1800) tetap jalan....kalau mati....duit ini boleh diwariskan kepada ahli keluarga...kalau tak mati cukup 24 tahun boleh kuar semua duit anda berserta bonus....anda dinasihatkan supaya tidak ambik bonus tu...supaya duit anda berganda...menarik bukan ...berminat sila whatapss ker 017-2883886 atau layari blog saya http://my-prudential-agent.blogspot.com/p/pru-cash.html
Pinjaman asb sy rasa haram, ulama dah keluarkan fatwa.
PEMBUKAAN AHLI BARU SAHAM KOWAMAS UNTUK TAHUN 2015
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi pada masa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.
Pada penghujung 2007, Ahli Lembaga Koperasi baru telah dilantik dengan barisan sembilan tenaga profesional dan kakitangan pengurusan berpengalaman untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi. Di bawah pengurusan baru ini, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli di samping membantu kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.
KOWAMAS, sebuah koperasi yang aktif berkembang dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan termasuk yang terbesar di Malaysia untuk mewujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang strategik untuk pembangunan hartanah.
Produk
KOWAMAS menawarkan produk Pembiayaan Peribadi e-wawasan berteraskan konsep Bai-Inah dan skim pembiayaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu X’change.
Kemudahan pembiayaan peribadi Bai-Inah ini diperkenalkan untuk membantu kakitangan kerajaan dalam menangani keperluan kewangan seperti membuat bayaran pendahuluan kereta dan rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan lain-lain keperluan kewangan.
Skim pajak gadai Islam Ar-Rahnu X’change pula menjanjikan suasana gadaian yang selesa, selamat dan mesra pelanggan selain menawarkan margin gadaian yang tinggi untuk memenuhi keperluan tunai segera pelanggan.
Prestasi Kewangan
Prestasi kewangan KOWAMAS adalah amat memberangsangkan. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010, jumlah aset bersih KOWAMAS adalah sebanyak RM225.2 juta dan Kumpulan Wang Anggota sebanyak RM8.1 juta. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, KOWAMAS telah membayar dividen sebanyak 30 peratus. KOWAMAS juga telah membayar dividen dengan kadar yang sama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010, KOWAMAS telah memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM5.1 juta berbanding RM4.2 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2009.
SAHAM DITAWARKAN MIN. RM200 – UNLIMITED
Prestasi Kewangan KOWAMAS & Kadar Dividen 2008 - 2013
**DIVIDEND 30%- 2008, 2009, 2010 , 2013
**DIVIDEND 20%- 2011, 2012
**DIVIDEND 15%- 2013
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Afiq – 010-3650950 ( Staff KOWAMAS Sri Gombak )
Email: afiq.abdghani@kowamas.com
Kebaikan Pelaburan ASB.
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/06/kebaikan-pelaburan-asb.html
Jom singah jap kat blog sy, cerita pasal kebaikan asb jugak.
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/06/kebaikan-pelaburan-asb.html
Teman baik saya pun dah cancel loan ASB by Maybank dan Easy RHB. Walaupun loan teman baik saya untuk kedua-dua bank tersebut sama amount dan pengambilan loan pada tahun yang sama, teman baik saya mendapat pulangan tunai daripada Maybank sedangkan dengan EASY RHB still ada shortfall walaupun telah membayar ansuran bulanan selama 65 bulan. Alhamdulillah teman baik saya telah membatalkan loan ASB bagi mengurangkan komitmen CCRIS.
Catat Ulasan