"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Rabu, September 25, 2013

Trimester Pertama checking

List yg efa dh buat & akan buat untuk kebaikan efa n baby.. 
w/pun berbulan2 lagi baru efa dpt tgk baby..efa sgt terujaaaaaaaa..

1.    Pastikan anda benar-benar hamil
Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa. (efa test sniri n cek jgk dgn Dr. Normah.
 2.    Buat temu janji pemeriksaan
Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.(4/10 ni ada wat temujanji dgn Dr. Normah utk (swasta) & 8/10 ni kt Klinik Kesihatan Sg. Buloh)
 3.    Pastikan semua aktiviti anda selamat
Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan.
 4.    Amalkan pemakanan sihat
Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik.
 5.    Minum air
Ketika hamil, anda memerlukan enam hingga alpan gelas cecair setiap hari. (hari2 minum air 0 smpai org ckp efa preggy baby kembar..hihihihihi)
 6.    Tidur awal
Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal. (memang skrg efa byk tido awal..just weekend je efa tido lewat ckit sbb kemas rmh..basuh baju..)
 7.    Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan
Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda. (family efa semua dh tahu..just family hubby je blom lg..nti kita org blk kg baru nk ckp..tp mayb masa tu perut efa dh besar ckit kan??)
 8.  Jangan lupa vitamin prenatal
Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.
 9.    Pilih doktor
Bertanyalah dengan kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.(efa rujuk kpd kawan2 opis, Dr. Normah n family efa je)
 10.Pastikan ubat anda selamat
Jangan sembarangan memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.
 11.Penuhkan dapur dengan makanan sihat
Pastikan pantry, kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.
 12.Pelajari tanda-tanda komplikasi kehamilan
Rajin-rajinlah membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.
 13.Beli coli dan seluar dalam baru
Coli dan seluar dalam khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.
 14.Buat bajet bayi
Anda sudah boleh mula mencongak perbelanjaan menyambut kelahiran bayi.
 15.Teruskan hubungan seks jika berkeinginan
Anda mungkin berasa terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah selamat.


Selamatkah Seks Ketika Hamil?

Keinginan melakukan hubungan seks ketika hamil adalah normal namun..
bimbang ia akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan..
Adakah selamat bagi wanita hamil melakukan hubungan seksual??
>>Hubungan seks adalah selamat dilakukan jika anda memiliki tahap kesihatan baik dan kehamilan yang normal tanpa sebarang masalah. Biarpun pada trimester ketiga dan perut anda semakin membesar ia bukan alasan tidak melakukan hubungan seks dengan suami. Apa yang penting, anda berdua perlu lebih kreatif memilih posisi bagi mengelakkan ketidakselesaan.

>>Bagaimanapun, hubungan seks mungkin tidak selamat pada trimester ketiga dalam sesetengah keadaan, seperti berikut:

-Anda mempunyai masalah uri menutupi semua atau sebahagian pangkal rahim atau dikenali sebagai uri di bawah (placenta previa). Dengan masalah ini, jika penis menembusi pangkal rahim atau anda mengalami orgasma, ia boleh memberi kesan kepada uri dan berlaku pendarahan yang boleh membahayakan kandungan.
- Anda mengalami pendarahan vagina.
- Air ketuban pecah. Jika ini berlaku, bayi tidak lagi dilindungi daripada jangkitan.
- Anda pernah mengalami kelahiran pramatang.
- Anda mengalami masalah kekurangan pangkal rahim.

Selasa, September 24, 2013

Crunchy Hershy Melty Yummy, Choc Muffin with Butter Cream Topping & Chocolate Cake

salam just nak promote utk kawan2 yg berminat..
kalau teringin boleh la order..
minimum order 10 pun boleh..tetapi utk kawasan yg berdekatan sahaja..
maksudnya???
kawasan semenyih, kajang dan kawasan yg sama waktu dengannya..
maksimum order?? ikut kemampuan anda..
kalau byk yg korang order boleh la dapat murah ckit...
kalau nk call / whatsapp dia just ckp "faja yg promot" hihihihihi


nak order ni kn la ada deposit..
bukan apa..takut nti kita org dh buat byk..
tetiba awak x jd lak..xke naya org tu...
jangan la sesekali jadi mcm tu..





RV






Choc Muffin

Red Velvet

Red Velvet

Red Velvet


Red Velvet


RV


Choc Muffin 36pc



RV 36 pc / box = RM 35.00
Mini Choc Muffin 36pc / box = RM 30.00



RV dlm aluminium foil = RM5.00/pc
RV dlm bekas 4 segi = RM 5.50 / pc

Crunchy Hershy Melty Yummy

Crunchy Hershy Melty Yummy 

Crunchy Hershy Melty Yummy : dlm aluminium foil = RM 5.00/pc
Chunchy Hershy Melty Yummy : dlm bekas 4 segi = RM 6.00/pc

efa malas nk potpet panjang2..
more info call no ni directly:

eja: 017-337 2420
FB: hanizarahman
email: haniza.arm95@gmail.com

@pun malas nk call dia boleh directly dgn efa..
Deposit 10% dr jumlah sebenar ya...


Jumaat, September 20, 2013

Roti Jala (Kedah) Hijau Kuning

salam..
my hubby teringin lak nak makan roti jala..
pastu dengan rasa malasnya buat jugak..
sbb roti jala bukan menumis pun..
lately preggy ni memang xleh nk masak yg ala2 menumis..
tekak still nk makan pedas..
lauk "tunjuk" jela sasaran efa..

dengan rasa malas efa tunaikan jugakan permintaan hubby wat roti jala..
tapi terlebih rajin la pulak..
maklumlah beli botol yg mcm botol sos tu..
tapi efa beli yg corong 3..
besar botol tu..
beli jgk utk 2 corong..
ntah rajin beli byk2..
lagipun efa suka benda2 simple..
xkotorkan dapur..penat nk cuci..nti bau masakan 1 rumah..

ni projek yg efa buat khas utk my hubby..

l





kalo makan dengan kari mcm xsesuai kot..
efa just mkn dgn kuah durian..(ala2 pengat durian gitu)
mmmmm sedap sangat..
en. hubby habiskan semua..
hihihihihi..

Selasa, September 10, 2013

Akhirnya aku mengandung!!!!

salam..
minggu lepas efa pegi Klinik Dr. Normah kt Damansara Damai..
pegi sbb perut selalu masuk angin.. rasa penuh sangat isi dalam perut..nk duduk pun macam x selesa..
maybe sebab efa asyik muntah.. (org cakap morning sickness)
cakap dgn doktor perut berangin + selalu muntah..
Dr. Normah pun tanpa siasatan yg selanjutnya terus bg efa pregnancy test.. haaaaaaa???
dia cakap maybe ada berita baik..
dengan perasaan berdebar2 efa wat ujian air kencing..
n Dr. sahkan efa mengandung nokkkk... (alhamdulillah syukur sangat2)
cek last day period & Dr. sahkan kandungan efa dh 2 bulan!!!!!!! jangkaannya due date efa jatuh pada 18/4/14!!
tapi bestnya efa keluar dr bilik Dr... efa wat muka biasa je......(mcm xda perasaan gitu)

hubby: sayang Dr. ckp apa?
Efa: (wat serius je)
hubby: sayanggggg..abg tanya ni..
Efa: (serius lagi) hihihihi
hubby: sayang! sayang sakit apa ni??
Efa: hihihihihi.. I'm preggy!!
Hubby: (terus senyum memanjang..pegang tgn efa & cium) thanksss sayang..
(xleh buat suspen lama2 sbb ada patient tgh menunggu giliran, asyik tgk gelagat kitaorg)

sungguh teruja my hubby.. dia takut jadi kes mcm abg & adik dia..
dh lama sangat kawen tapi blom ada rezeki..
tapi semua tu kan kuasa Allah S.W.T..

Dr. kasi banyak vitamin..(efa ni susah ckit nk mkn ubat)
tiap2 malam hubby lak yg akan igtkan efa utk makan ubat..
dia cakap "ubat ni kan khas utk mummy n baby"
nak xnak efa terpaksa makan ubat dpn hubby..

Alahan???
alhamdullillah.. alahan efa xla teruk sangat..
alahan terok time weekend je..
sbb bau masakan jiran2..
masak nasi utk hubby..(bau wap nasi tu pun boleh wat muntah)
pelikkan ibu mengandung??
weekday pulak sbb pegi keje..xsempat nk bau masakan org..
tapi..kt rumah xleh bau rokok hubby.. (padahal sblm ni selalu hidu bau asap rokok)
anak oh anak..pandai betul kamu jaga mummy..
wat masa sekarang makanan yg efa paling suka mengadap MC Donalds.. western food..
hahahahaha..sian hubby..tengah2 malam pun efa minta nk mkn Mc D..
nasib hubby ok..xla berbunyi time kn pg beli tu..hihihihi..(sorry sayang)

berat badan???
hahhhhh..xpayah nk cakap...mmg tgh bertambah..
dr 49kg dh bertambah ke 57kg..
ya allah...memang berat!!!!
baju kurung moden??kebaya?? n lain2 baju yg fit sume dh boleh simpan kt almari..
huhuhuhu sedihnya..
xpe..hubby ckp biar gemuk asalkan baby sihat..

nak manja kot? hihihihihi..
tiap2 malam sebelum efa nk tido mesti nk hubby gosok perut efa..
ntah la dr mn datangnya tabiat ni...
sebelum ni ok je...
nasib hubby ok.. tugas dia skrg dh bertambah..
sebelum tido kena gosok perut efa... (ehhhh.. ngada2 sgt kan kau??)
saja efa nk hubby rasa perkembangan baby dr awal hingga baby kluar nti...

mak efa ada call..
just ckp mcm biasa je..
tp ada hint jgk efa nk makan itu ini..
last2 mak tny dh ada isi ke?? ngeeeeeeeee...
masih berdalih... n dh beberapa kali mak tny baru cakap..
"tahun dpn mak kn turun KL sbb kn jaga cucu baru"
n apa lagi opkos la happy mak i...
kalau + baby dlm perut efa (insyaallah) dh masuk 4 org cucu mak..
bertambah meriah la nanti..

awal bulan oktober nti kn wat scan..
doakan yg terbaik buat baby efa yaaaaa...
(kalau d izinkan Allah S.W.T efa nk baby kembar,,,,,,,,) hohohohohoho
berangan lagi......