"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Rabu, September 25, 2013

Trimester Pertama checking

List yg efa dh buat & akan buat untuk kebaikan efa n baby.. 
w/pun berbulan2 lagi baru efa dpt tgk baby..efa sgt terujaaaaaaaa..

1.    Pastikan anda benar-benar hamil
Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa. (efa test sniri n cek jgk dgn Dr. Normah.
 2.    Buat temu janji pemeriksaan
Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.(4/10 ni ada wat temujanji dgn Dr. Normah utk (swasta) & 8/10 ni kt Klinik Kesihatan Sg. Buloh)
 3.    Pastikan semua aktiviti anda selamat
Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan.
 4.    Amalkan pemakanan sihat
Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik.
 5.    Minum air
Ketika hamil, anda memerlukan enam hingga alpan gelas cecair setiap hari. (hari2 minum air 0 smpai org ckp efa preggy baby kembar..hihihihihi)
 6.    Tidur awal
Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal. (memang skrg efa byk tido awal..just weekend je efa tido lewat ckit sbb kemas rmh..basuh baju..)
 7.    Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan
Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda. (family efa semua dh tahu..just family hubby je blom lg..nti kita org blk kg baru nk ckp..tp mayb masa tu perut efa dh besar ckit kan??)
 8.  Jangan lupa vitamin prenatal
Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.
 9.    Pilih doktor
Bertanyalah dengan kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.(efa rujuk kpd kawan2 opis, Dr. Normah n family efa je)
 10.Pastikan ubat anda selamat
Jangan sembarangan memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.
 11.Penuhkan dapur dengan makanan sihat
Pastikan pantry, kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.
 12.Pelajari tanda-tanda komplikasi kehamilan
Rajin-rajinlah membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.
 13.Beli coli dan seluar dalam baru
Coli dan seluar dalam khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.
 14.Buat bajet bayi
Anda sudah boleh mula mencongak perbelanjaan menyambut kelahiran bayi.
 15.Teruskan hubungan seks jika berkeinginan
Anda mungkin berasa terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah selamat.


Tiada ulasan: