"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Selasa, Oktober 01, 2013

Kebaikan Daun Sirih

Daun sirih sangat popular di kalangan orang tua-tua.. kat kampung paling pemes..
Makan sireh + pinang.. (+ gambir ckit) bleh wat mulut mereh gitu..(pengalaman zaman kanak2)..
Mungkin kini ada ibu-ibu muda yang kurang tahu mengenai khasiat daun sirih ini untuk kesihatan, kecantikan atau penjagaan rumah..



Halau semut
Rimas melihat semut banyak menghurung makanan di rumah? Daun sirih boleh menghalau semut tersebut. Caranya, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan letakkan di mana laluan semut berada. Semua akan lari dengan sendirinya.

Perapat & Pewangi
Daun sirih berfungsi sebagai perapat wanita yang sudah berkahwin. Caranya, rebus daun sirih, basuh bahagian vagina menggunakan air rebusan daun sirih yang masih hangat.

Menyegar dan mencerahkan mata
Masalah mata kurang bermaya boleh diatasi secara tradisional menggunakan daun sirih. Caranya, ambil air rebusan daun sirih dan cuci muka dan mata. Amalkan selalu jika mahu melihat hasilnya.

Penawar resdung
Bagi yang mengalami resdung dan selalu bersin di waktu pagi, elok amalkan membasuh muka dengan air rebusan daun sirih setiap hari.

Daun sireh ni xsusah pun nak cari..
kalo kt KL pegi je kt Chowkit Road..
xpun cari je kt kedai2 india..mesti ada punya lah..
btw..kt kedai2 melayu pun dh byk skrg..

Tiada ulasan: