Asid folik atau folate
adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan
bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan
tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat
anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan
saraf tungjang (spina bifida).
Kajian telah
menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah
sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly
adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati
sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang
yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko
yang boleh menjurus kepada spina bifida
·
Keluarga yang pernah
mengalami NTD
·
Pernah hamil anak yang
mengalami NTD
·
Mengambil ubat sawan
·
Kencing manis
Semua
wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik
sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk
mengurangkan risiko tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan