Saat kehamilan adalah saat yang paling
dinanti-nantikan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Seorang isteri sangat
gembira apabila dia dapat mengetahui dirinya sudah “berbadan dua” kerana
itulah yang diinginkan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Mempunyai anak
kandung sendiri adalah keinginan yang tidak dapat dipisahkan dari pasangan
suami sendiri kerana anak merupakan penyeri kepada kehidupan berkeluarga.
Namun, ramai wanita yang masih lagi bingung
mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau tidak? Berikut adalah
tanda-tanda awal kehamilan:
1. Terasa mual
- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita
hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada
aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda
disahkan hamil.
2. Kekerapan membuang air kecil
- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang
air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku
kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun
kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh
menjejaskan kesihatan diri anda.
3. Terasa "Kram"
- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar
dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.
4. Mengidam
- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil
dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk
mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan
asam-asam.
5. Moody
- Sering marah-marah pada suami dan mengalami
perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru
di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada
pemarah akan berlaku saat kehamilan.
6. Bau badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita
hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang
berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
7. Pengsan
- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula
dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya
simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.
8. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil
disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan
terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
9. Rasa lelah yang berlebihan
- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda
cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari
kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin.
Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat
memasuki trimester kedua.
10. Sembelit
- Sembelit ini terjadi
akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan
otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga
menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan
ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan