"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Jumaat, Oktober 04, 2013

10 Sebab Hamil Menggembirakan


Saat mengalami masa morning sickness di awal kehamilan, mungkin ada yang berasa tidak selesa menikmati kehamilan..
Jangan cepat putus asa..
Ada banyak sebab mengapa anda perlu menikmati saat kehamilan yang cukup bermakna..

1.Kenanglah saat-saat awal ketika baru tahu rahsia istimewa itu. Raikanlah berdua kerana ia pasti menjadi memori indah perkahwinan anda.

2.Wah, anda ada sembilan bulan untuk merancang, bermimpi dan berangan tentang gelaran baru yang bakal disandang.

3.Seronoknya menjadi mama hamil kerana berpeluang memilih pelbagai pakaian mengandung yang cantik.

4.Kini anda ada alasan yang baik untuk memanjakan diri.

5.Inilah masa untuk menikmati makanan yang diinginkan asalkan selamat untuk ibu dan anak. Jadi kalau berat badan meningkat pun anda tidak perlu rasa bersalah kerana ibu hamil memang perlu naik berat badan!

6.Jika hamil anak pertama, nikmatilah sembilan bulan dengan tidur dan rehat secukupnya kerana selepas bayi lahir, tiada lagi bangun lewat atau berehat sesuka hati dalam kamus hidup anda.

7.Jika berada di tempat awam, anda pasti mendapat layanan istimewa sebagai ibu hamil.

8. Jangan terkejut, kerana perhatian istimewa diberikan oleh suami, ibu mertua, kawan-kawan dan ahli keluarga lain.

9.Paling istimewa saat merasakan tendangan si kecil dari dalam perut anda. Nikmati peluang itu!

10.Cuti bersalin di mana anda mempunyai dua bulan (atau tiga bulan jika anda penjawat awam) untuk bersama-sama dengan bayi anda.


Sumber dari: Pa&Ma

Tiada ulasan: