Keinginan melakukan hubungan seks ketika hamil adalah normal namun..
bimbang ia akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan..
Adakah selamat bagi wanita hamil melakukan hubungan seksual??
bimbang ia akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan..
Adakah selamat bagi wanita hamil melakukan hubungan seksual??
>>Hubungan seks adalah selamat dilakukan jika anda memiliki tahap kesihatan baik dan kehamilan yang normal tanpa sebarang masalah. Biarpun pada trimester ketiga dan perut anda semakin membesar ia bukan alasan tidak melakukan hubungan seks dengan suami. Apa yang penting, anda berdua perlu lebih kreatif memilih posisi bagi mengelakkan ketidakselesaan.
>>Bagaimanapun, hubungan seks mungkin tidak selamat pada trimester ketiga dalam sesetengah keadaan, seperti berikut:
-Anda mempunyai masalah uri menutupi semua atau sebahagian pangkal rahim atau dikenali sebagai uri di bawah (placenta previa). Dengan masalah ini, jika penis menembusi pangkal rahim atau anda mengalami orgasma, ia boleh memberi kesan kepada uri dan berlaku pendarahan yang boleh membahayakan kandungan.
- Anda mengalami pendarahan vagina.
- Air ketuban pecah. Jika ini berlaku, bayi tidak lagi dilindungi daripada jangkitan.
- Anda pernah mengalami kelahiran pramatang.
- Anda mengalami masalah kekurangan pangkal rahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan