"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Rabu, Ogos 28, 2013

Doa untuk Ibu Mengandung

bila dh sah preggy..
mula la tangan rajin menaip..
konon nk cari doa untuk diri sendiri & jg zuriat yg akn membesar dlm perut ni..
insyaallah akan diamalkan selalu..

  • Surah Ali 'Imran (Doa memohon zuriat yang baik)”,
  • Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”,
  • Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”,
  • Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”,
  • “Surah Toha (Semoga bayi lembut hati)”,
  • “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”,
  • “Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”,
  • “Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”,
  • “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.
utk ayat2 dia better kwn2 cari sendiri..kan lebih afdhal gitu..
lebih baik begitu.. sekurang2nya mencari sambil membaca Al-Quran..






Selasa, Ogos 27, 2013

Tahniah!! selamat bertunang..

Raya ke-2 baru2 ni my SIL telah melangsungkan pertunangan..
Tahniah eisyah n pasangan.. Moga ikatan kalian smpai ke jinjang pelamin serta akhir hayat hendakNYA..
Plannya nk langsungkan raya cina akan datang..insyaallah..




My SIL




Jumaat, Ogos 16, 2013

Petua baby demam kuning

salam.. 
anak buah efa yg baru lahir dh dijangkiti penyakit jaundis..
risau mak efa yg nk menjaga cucunya..plus nk jg mak baby lagi..
tapi mak memang terbaik..
masih igt info arwah "tok" n "wan" turunkan pada ank2nya..
petuanya senang je... 
sharing is caring...

cari
>> pokok lidah buaya..
>> amik lendir2 dr pokok lidah buaya tu..
>> pastu sapu sikit pada dahi baby yg kena jaundis..
>> insyaallah hilang.. dengan kuasa Allah S.W.T..

sebab ank buah efa hari::
>> ke-2 nurse pegi rumah jaundis baby dh 188.. (tekezut mak walaupun xtinggi)..
>> ke-3 xpegi klinik sbb hujan lebat..
>> ke-4 bawa pegi klinik naik 188 (sbb hujan jd mak x ltk jely lidah buaya kt cucu takut baby sejuk)
>> ke-5 ke klinik turun 180 (sikit je baby??)
>> ke-6 bawa pegi klinik dh turun jadi 130.. (sbb dh penat nk bw ke klinik n risau takut kn hntr pegi hospital..so apa lagi baby tu kena pkai jg jely tu)

petua ni mak dh praktis kt anak abg efa 2 org n sepupu2 efa yg kecik2 tu.. 
semua jenis kn jaundis time baby..
alhamdulillah.. 
lepas tu sekejap je dh baik..
syukur pada Allah S.W.T..



Ujian Kehamilan


Hari ni merupakan hari yang ke-8 efa lambat period..
memang terasa teruja membuak dalam hati..
Apatah lagi sekiranya ia memang berita yang dinanti efa n hubby..
Kalau ikutkan normal period efa adalah pada hari raya pertama baru2 ni.. tapi sampai lah sekarang blom pun muncul..(dalam hati best sgt2 insyaallah maybe ini rezeki efa n hubby)
Hubby pulak..tiap2 kali amik balik keje yang soalan pertama yang dia akan tanya "sayang dh period ke blom?" n bila aku jwb belom..mesti dia akan ckp "kita beli pregnant test nk?"
sangat teruja hubbyku.. alhamdulillah syukur.. sbb dr situ efa dh nampak betapa dia bersedia utk menjadi seorang "papa"..
tatapiiii... efa belum bersedia utk chek..bkn sebab xbersedia.. tapi xnk nti hampa dgn keputusan tu..
(sebab sebelum ni mmg selalu mengharap tapi dpt keputusan yg hampa)
w/pun perasaan efa kali kuat ckp yang efa dh ngandung..akan jd mummy..yaaaahooooo..
perasaan tu muncul bila period efa lewat..perut efa dlm keadaan tegang..kadang2 senak ulu hati..pastu my breast plak bukan main sakit lagi bila tersentuh..uwaaaaaaa..
Ada jgk orang ckp kalo period xdatang memang la breast kita akn rasa mcm tu..sakit bila tersentuhan..
ntah laaaaa....

Kebanyakan wanita akan segera membeli sendiri alat penguji kehamilan di farmasi untuk mengetahui keputusannya. tapi efa lain lak setorinya... N efa dapat sikit info cara nk guna pregnant test ni..

Ujian kehamilan >>> bertujuan untuk mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing.
Badan mula menghasilkan hCG >>> apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim).
HCG dirembeskan oleh sel-sel >>> yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.

Bilakah masa yang sesuai untuk membuat ujian kehamilan ini?

Kebanyakan alat penguji dapat menunjukkan sama ada anda hamil @ tidak pada hari pertama haid anda lewat. >>>Sebenarnya ujian boleh dilakukan pada bila-bila masa sebaik sahaja anda lewat datang haid<<<.

Sebelum membuat ujian..
>> elakkan daripada minum terlalu banyak kerana ia boleh mencairkan hCG dalam air kencing.

Sesetengah alat penguji mencadangkan anda 
>> membuat ujian pada waktu pagi, apabila pergi ke tandas untuk kali pertama pada hari itu.

Terutamanya apabila anda membuat ujian pada hari-hari yang awal tidak datang haid. Ini kerana, tahap hCG menjadi lebih pekat dalam air kencing semasa anda tidur pada waktu malam, oleh itu ia lebih mudah dikesan dalam air kencing pertama anda.

Jika haid tidak teratur, mungkin sukar untuk mengenalpasti bilakah haid sepatutnya tiba. Sebagai panduan, anda boleh gunakan kitaran yang paling panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebelum membuat ujian. (macam efa guna my calendar period) senang nk igt..set je kt dlm tu..n siap wat reminder lagi..

Sekiranya baru berhenti mengambil pil perancang, anda mungkin tidak tahu berapa panjangkah kitaran haid anda secara semula jadinya, dan mungkin membuat ujian sama ada terlalu awal atau terlalu lewat. Jika ujian anda negatif, anda patut membuat ujian lagi dalam masa tiga hari.

Dalam masa beberapa hari selepas implantasi, tahap hCG akan meningkat dengan cepat. Kebanyakan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG dalam air kencing pada hari pertama haid sepatutnya datang.

Jika anda mendapat keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana jumlah hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid anda sepatutnya tiba. Jika haid anda lewat dan keputusan yang anda perolehi negatif, tunggu beberapa hari kemudian uji lagi.

Anda akan dapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain. Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan anda hamil walaupun jika terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan anda.

Cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah?
> Mula-mula, baca arahan dengan cermat, kerana setiap jenama mempunyai arahan yang berlainan.
>>Kebanyakan alat penguji, mengarahkan anda kencing pada kayu penguji itu. Ada pula yang  memerlukan anda mengumpul air kencing dalam cawan kecil dan kemudian mencelupkan alat penguji itu ke dalamnya. Atau, ada yang membekalkan alat penitik untuk menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat penguji.
>>>Sesetengah alat penguji menunjukkan keputusan garisan merah jambu atau biru. Ada pula alat penguji menunjukkan simbol campur atau tolak. Sementara ujian digital pula memaparkan perkataan ‘pregnant’ atau ‘not pregnant’ pada satu tingkap, dan ada juga yang memberi anggaran sudah berapa minggu anda hamil.

Berapa lama keputusan diketahui?
Biasanya >>> keputusan dapat dilihat dalam masa 3 hingga 5 minit, walaupun ia mungkin terasa seperti satu penantian yang terlalu panjanggggggg...

Adakah ujian kehamilan di rumah tepat?
Jika anda mengikut arahan dengan betul, alat penguji kehamilan di rumah adalah tepat. Namun ada kalanya berlaku keputusan negatif menunjukkan anda tidak hamil walaupun sudah lewat. Ini mungkin kerana tahap hCG belum mencukupi untuk dikesan melalui ujian air kencing.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, sebelum hari pertama haid anda lewat, anda mungkin mendapat keputusan negatif palsu kerana hormon yang dikeluarkan oleh badan anda belum mencukupi.

Sekiranya mendapat keputusan negatif tetapi masih berpendapat anda hamil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hari, dan buatlah ujian semula.

Tiada perbezaan ujian kehamilan di rumah dengan yang dijalankan oleh doktor kerana kebanyakan doktor menggunakan alat penguji kehamilan di rumah untuk memastikan kehamilan, maka dalam hal ini kedua-duanya adalah sama.

insyaallah.. weekend ni efa n hubby nk beli pregnant test..
doakan efa yang terbaik ya kawan2..

Proton Suprima S

Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai nama model terbaru keluaran PROTON yang akan dilancarkan secara rasminya pada Sabtu ini, akhirnya terjawab apabila model hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa Turbo 1.6 liter itu dikenali sebagai Proton Suprima S.
Pengenalan model berkenaan adalah kesinambungan daripada kejayaan model Proton Preve sedan yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu dan kelahiran Proton Suprima S pula lebih dikenali Preve Hatchback dengan menggunakan kod P3-22A.

Pelancaran rasmi model berkenaan akan disempurnakan oleh Penasihat PROTON Holdings Berhad, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE pada jam 9.30 pagi, Sabtu ini. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.
Proton pada Jun lalu, melancarkan peraduan “Nama Siapa Hebat” yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakan model kompak terbarunya dengan hadiah utama berupa sebuah model baru versi Premium beserta hadiah pakej pelancongan, wang tunai dan gajet elektronik bernilai lebih RM120,000.

Sumber industri berkata, antara ciri menarik model berkenaan ialah reka bentuknya yang lebih aerodinamik dengan gaya kereta Eropah manakala ruang dalaman dan but lebih luas.

“Kelahiran model ini adalah selari dengan perkembangan semasa industri automotif yang kini menyaksikan model hatchback diperkenalkan sejurus selepas sesebuah model sedan dilancarkan.
bahagian depan 

bahagian belakang

bahagian tepi
“Model ini dijual pada harga lebih RM70,000 seunit kerana dipadankan dengan enjin berkuasa Turbo dan menjadi model kereta pertama di negara ini yang menggunakan radio Android keluaran Blaupunkt yang mempunyai fungsi untuk melayari Internet,” katanya.

Beliau berkata, dengan sentuhan kejuruteraan Lotus yang terkenal daripada segi aspek teknologi enjin dan pemanduan, model baru itu mampu memikat golongan muda yang gemarkan kereta yang lebih sporty serta kompak. Ciri keselamatan lain ialah sistem brek anti kunci (ABS), EBD, beg udara SRS berkembar, kawalan cengkaman (TC), pengawal stabiliti elektronik (ESC) dan lampu hadapan automatik.
Ciri lain termasuk butang kawalan di stereng, pedal penukar gear di stereng, butang pemula, auto cruise, pengelap cermin automatik, sistem audio sambungan Bluetooth, USB, iPod dan navigasi GPS.
Proton Suprima S ni skali tengok dr bahagian belakang mcm murano lak..
kalo tgk bahagian depan macam savvy pun ada..

Menjadi Jutawan Melalui ASB Loan???

Plan Pelaburan Menjadi Jutawan Melalui ASB Loan




salam.. efa selalu tgk blogsahambaru kebanyakkannya mengenai pelaburan semasa..
setiap kali dia (en.zahalee) ada post baru mesti efa baca..
banyak pengalaman yg boleh ditimba gitu..
seronokkkkkk..sbb efa ada pelaburan..ada sikit pengalaman..
kalo setakat baca tapi xda pengalaman pun xbest gak..
banyak kebaikan yg boleh efa share dari blog tu..
kt bawah ni ada salah 1 info yg berguna & patut efa share dgn kawan2..
info ni efa share dari blogsahambaru..

Cara mudah mencapai target amaun 100K adalah antaranya melalui ASB loan. Risiko agak rendah dan sangat mudah. Pelabur hanya perlu disiplin untuk terus melabur bagi tempoh yang telah ditetapkan.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa amaun ASB loan yang boleh dipilih untuk mencapai target amaun bagi tempoh 20 tahun dengan kadar dividen ASB 8% setahun.
ASB LoanBulananDividenTempohJumlah Terkumpul
 $  200,000.00$1,315.008%20 $      932,191.43
 $  100,000.00$658.008%20 $      466,095.71
 $    50,000.00$329.008%20 $      233,047.86
 $    30,000.00$198.008%20 $      139,828.71
Bagi mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, boleh memilih plan yang lebih panjang tempohnya iaitu 25 seperti dalam jadual di bawah:
ASB LoanBulananDividenTempohJumlah Terkumpul
 $  200,000.00$1,164.008%25 $  1,369,695.04
 $  100,000.00$582.008%25 $      684,847.52
 $    50,000.00$291.008%25 $      342,423.76
 $    30,000.00$175.008%25 $      205,454.26
Tidak ramai yang mampu memberi komitmen melabur RM1,3++ sebulan sepanjang 20 tahun. Tapi pelabur masih boleh memilih plan kedua RM6++ sebulan, atau plan ketiga RM3++. Tapi pasti ramai yang mampu melabur sekurang-kurangnya RM200 sebulan. Kelebihannya, risiko terlalu rendah, jika BLR naik mendadak pelabur boleh terminate ASB loan serta-merta. Hanya satu syarat utama iaitu dividen yang diterima setiap awal tahun tidak boleh dikeluarkan supaya amaun tersebut terus menerima kesan compounded return untuk tempoh yang telah ditetapkan.

Rabu, Ogos 14, 2013

Tanda2 anda mengandung

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya @ tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!!!!

sumber dari: Pa&Ma


Selasa, Ogos 13, 2013

CIMB ASB financing repayment table


Untung @ Rugi ASB Loan..

Salam.. Ramai yg takut2 nk buat loan untuk ASB..
aku dh buat ASB loan dgn CIMB hampir 5 tahun..
dulu sepupu aku just ckp je kebaikan ASB loan ni..
terus aku call CIMB sbb nk tau mcm mana term & conditions dia..
ternyata aku layak buat asb loan..
bila dokumen yg diperlukan siap, terus aku submit kt cimb bandar puteri puchong..
byk kebaikan dh aku dapat..
1st year dpt dividen aku dh guna untuk bayar deposit kereta..
& till now aku pusing je duit dividen utk byr road-tax & insurans my car..
pastu balance duit dividen tu aku byr balik loan tu..(walaupun xbyk)
kt bwh ni ada ckit story tentang untung ruginya ASB loan ni..

  • Membuat pelaburan asb ni memang memberi pulangan yang agak lumayan berbanding risiko yang rendah. Risiko tetap ada iaitu pulangan yang kadangkala agak rendah berbanding pelaburan lain seperti unit trust, emas, saham, dsb. Secara purata, dividen asb yang diberikan sekitar 7% dan bonus pula sekitar 1% setiap tahun.
  • Untuk melabur dalam asb ni, ada dua cara iaitu melalui menyimpan sendiri atau melalui pinjaman atau loan asb. Mana yang lebih untung? Pada pendapat saya, melabur dalam asb dengan membuat loan asb lebih menguntungkan. Kalau org bisnes kata, meminjamlah untung mendapat pulangan yang lebih tinggi berbanding kos pinjaman.
  • Buat masa ni, rata-rata bank (Maybank, CIMB, RHB) menawarkan pinjaman asb pada kadar faedah BLR-1.65%. Sekarang faedah yang dikenakan hanyalah 4.95%. Cimb bank kini mengenakan kadar faedah 4.95% iaitu BLR – 1.65% untuk amaun 30K dan ke atas.
  • Pinjaman asb ni dikira berdasarkan kaedah reducing principal. Maknanya, interest hanya dikenakan kepada baki pinjaman, macam loan rumah, tidak seperti personal loan yang mengenakan flat rate.
  • Kesilapan kerap berlaku apabila pelabur membuat perbandingan antara pulangan menyimpan sendiri dan loan asb. Dan ramai juga yang memilih untuk menyimpan sendiri sahaja. Tapi ada juga yg memilih loan asb, tapi strategi yg dipilih tidak betul.
  • Strategi yg betul bila buat loan asb ialah dengan mengambil tempoh pinjaman maksimum dan amaun pinjaman maksimum yg anda mampu. Teknik ni akan memberikan anda pulangan atau ROI yg paling tinggi. Tapi ramai yg kata, 20 tahun tu terlalu lama. Tapi tidak semestinya kena tunggu 20 tahun, sebab untuk memaksimakan pulangan, loan asb ni kita boleh terminate selepas 2-5 tahun. Lepas tu apply semula dan terminate selepas 2 – 5 tahun, dan ulang teknik ni sehingga mencapai target amaun anda. 





CIMB Bank
Kadar Faedah
Untuk semua jumlah pinjaman:
KPA – 1.65% p.a. (i.e. 4.95%) bergantung kepada tempoh pinjaman
Kadar pinjaman asas (KPA = 6.60% (dipersetujui oleh mn2 bank)
Insurans
Wajib
Dilindungi sehingga 5% dari jumlah pinjaman melalui Group Amanah Saham Assurance (GASA)
Yuran dokumentasi
Promosi : RM 50 (yuran permohonan)
0.5% setem duti utk surat tawaran
RM 10 bayaran setem duti utk  MOD 014
* Bayaran akan ditolak melalui akaun pelanggan.
Tahap keuntungan
100%
Jumlah pinjaman
Minimum RM 10k
Maksimum RM 200k (setiap permohonan)
Tempoh pinjaman
Minimum 5 tahun
Maximum 25 tahun @ sehingga umur 60 tahun, @mana2 yang terawal.
Dokumen yang diperlukan
i) Salinan IC pemohon
ii) Salinan buku ASB  @ penyata terakhir ASB pemohon
iii) penyata pendapatan bulanan 3 bulan slip gaji @ mn2 penyata pendapatan (i.e. 6 bulan penyata akaun/ penyata tabung haji/ penyata dividen ASNB)
Denda utk pembayaran awal dr tempoh matang.
Sepanjang 3 tahun pertama dari tarikh pinjaman akan dikenakan caj sebanyak 3.5% drpd jumlah sebenar pinjaman.