"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Jumaat, Ogos 16, 2013

Ujian Kehamilan


Hari ni merupakan hari yang ke-8 efa lambat period..
memang terasa teruja membuak dalam hati..
Apatah lagi sekiranya ia memang berita yang dinanti efa n hubby..
Kalau ikutkan normal period efa adalah pada hari raya pertama baru2 ni.. tapi sampai lah sekarang blom pun muncul..(dalam hati best sgt2 insyaallah maybe ini rezeki efa n hubby)
Hubby pulak..tiap2 kali amik balik keje yang soalan pertama yang dia akan tanya "sayang dh period ke blom?" n bila aku jwb belom..mesti dia akan ckp "kita beli pregnant test nk?"
sangat teruja hubbyku.. alhamdulillah syukur.. sbb dr situ efa dh nampak betapa dia bersedia utk menjadi seorang "papa"..
tatapiiii... efa belum bersedia utk chek..bkn sebab xbersedia.. tapi xnk nti hampa dgn keputusan tu..
(sebab sebelum ni mmg selalu mengharap tapi dpt keputusan yg hampa)
w/pun perasaan efa kali kuat ckp yang efa dh ngandung..akan jd mummy..yaaaahooooo..
perasaan tu muncul bila period efa lewat..perut efa dlm keadaan tegang..kadang2 senak ulu hati..pastu my breast plak bukan main sakit lagi bila tersentuh..uwaaaaaaa..
Ada jgk orang ckp kalo period xdatang memang la breast kita akn rasa mcm tu..sakit bila tersentuhan..
ntah laaaaa....

Kebanyakan wanita akan segera membeli sendiri alat penguji kehamilan di farmasi untuk mengetahui keputusannya. tapi efa lain lak setorinya... N efa dapat sikit info cara nk guna pregnant test ni..

Ujian kehamilan >>> bertujuan untuk mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing.
Badan mula menghasilkan hCG >>> apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim).
HCG dirembeskan oleh sel-sel >>> yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.

Bilakah masa yang sesuai untuk membuat ujian kehamilan ini?

Kebanyakan alat penguji dapat menunjukkan sama ada anda hamil @ tidak pada hari pertama haid anda lewat. >>>Sebenarnya ujian boleh dilakukan pada bila-bila masa sebaik sahaja anda lewat datang haid<<<.

Sebelum membuat ujian..
>> elakkan daripada minum terlalu banyak kerana ia boleh mencairkan hCG dalam air kencing.

Sesetengah alat penguji mencadangkan anda 
>> membuat ujian pada waktu pagi, apabila pergi ke tandas untuk kali pertama pada hari itu.

Terutamanya apabila anda membuat ujian pada hari-hari yang awal tidak datang haid. Ini kerana, tahap hCG menjadi lebih pekat dalam air kencing semasa anda tidur pada waktu malam, oleh itu ia lebih mudah dikesan dalam air kencing pertama anda.

Jika haid tidak teratur, mungkin sukar untuk mengenalpasti bilakah haid sepatutnya tiba. Sebagai panduan, anda boleh gunakan kitaran yang paling panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebelum membuat ujian. (macam efa guna my calendar period) senang nk igt..set je kt dlm tu..n siap wat reminder lagi..

Sekiranya baru berhenti mengambil pil perancang, anda mungkin tidak tahu berapa panjangkah kitaran haid anda secara semula jadinya, dan mungkin membuat ujian sama ada terlalu awal atau terlalu lewat. Jika ujian anda negatif, anda patut membuat ujian lagi dalam masa tiga hari.

Dalam masa beberapa hari selepas implantasi, tahap hCG akan meningkat dengan cepat. Kebanyakan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG dalam air kencing pada hari pertama haid sepatutnya datang.

Jika anda mendapat keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana jumlah hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid anda sepatutnya tiba. Jika haid anda lewat dan keputusan yang anda perolehi negatif, tunggu beberapa hari kemudian uji lagi.

Anda akan dapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain. Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan anda hamil walaupun jika terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan anda.

Cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah?
> Mula-mula, baca arahan dengan cermat, kerana setiap jenama mempunyai arahan yang berlainan.
>>Kebanyakan alat penguji, mengarahkan anda kencing pada kayu penguji itu. Ada pula yang  memerlukan anda mengumpul air kencing dalam cawan kecil dan kemudian mencelupkan alat penguji itu ke dalamnya. Atau, ada yang membekalkan alat penitik untuk menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat penguji.
>>>Sesetengah alat penguji menunjukkan keputusan garisan merah jambu atau biru. Ada pula alat penguji menunjukkan simbol campur atau tolak. Sementara ujian digital pula memaparkan perkataan ‘pregnant’ atau ‘not pregnant’ pada satu tingkap, dan ada juga yang memberi anggaran sudah berapa minggu anda hamil.

Berapa lama keputusan diketahui?
Biasanya >>> keputusan dapat dilihat dalam masa 3 hingga 5 minit, walaupun ia mungkin terasa seperti satu penantian yang terlalu panjanggggggg...

Adakah ujian kehamilan di rumah tepat?
Jika anda mengikut arahan dengan betul, alat penguji kehamilan di rumah adalah tepat. Namun ada kalanya berlaku keputusan negatif menunjukkan anda tidak hamil walaupun sudah lewat. Ini mungkin kerana tahap hCG belum mencukupi untuk dikesan melalui ujian air kencing.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, sebelum hari pertama haid anda lewat, anda mungkin mendapat keputusan negatif palsu kerana hormon yang dikeluarkan oleh badan anda belum mencukupi.

Sekiranya mendapat keputusan negatif tetapi masih berpendapat anda hamil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hari, dan buatlah ujian semula.

Tiada perbezaan ujian kehamilan di rumah dengan yang dijalankan oleh doktor kerana kebanyakan doktor menggunakan alat penguji kehamilan di rumah untuk memastikan kehamilan, maka dalam hal ini kedua-duanya adalah sama.

insyaallah.. weekend ni efa n hubby nk beli pregnant test..
doakan efa yang terbaik ya kawan2..

2 ulasan:

Unknown berkata...

Syoknye perasaan ni

Unknown berkata...

Saat nak buat test tu sememangnya feeling paling best..


Haid dah lewat beberapa hari?
wahhhh....mesti excited nak cek kan?
Ke takut sebab tak bersedia lagi...

jeng..jeng...jeng…

http://www.diarimama.com/2015/02/waktu-terbaik-untuk-lakukan-ujian-kehamilan/