"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Isnin, Julai 22, 2013

Puding Roti Butterscotch



Nampak menyelerakan pulak pudding roti di sini ni.. 
puding roti ni memang peberet aku.. 
kalau tengok bahan2 dia pun mcm senang je.. 
boleh buat petang ni..  itu pun kalau sempat..


PUDING ROTI BUTTERSCOTCH

Bahan
1 bungkus roti butterscotch
1 tin susu cair
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula kastor
1/2 cawan kismis
4 sudu besar mentega

Cara Membuat
1. Sapukan mentega pada roti dan potong kecil.
2. Susunkan roti di dalam loyang yang telah disapu mentega.
3. Taburkan kismis setiap lapisan susunan roti.
4, Kacau rata susu cair dengan telur, esen vanilla dan gula.
5, Tuangkan keatas roti yang telah disusun di dalam loyang. Biarkan selama 15 minit. .
6. Kukuskan di dalam pemanggang ajaib selama 40-50 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan hidangkan.

tapi.. aku xdak la pemanggang ajaib tu... huhuhuhuhu.. 
kena ajak hubby pg syarikat menang kt puchong dlu.. baru bley wat.. 
apapun resipi dah ada.. nti cari bahan2.. n bley terus buat.. 
tetiba lak mcm bau puding roti ni..wanginyaaaaaaa...memang tergugat..(tringat puding roti mak buat rupanya) cehhhhhh...

Abg.... nk pemanggang ajaib.......


Tiada ulasan: