"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Selasa, Julai 16, 2013

Tahniah.. Raja Azmi bertunang..



Alhamdulillah.. Keberkatan bulan Ramadan gitu, Raja Azmi akhirnya telah pun selamat bergelar tunangan kepada pemain bass kumpulan CRK, yang lebih dikenali sebagai Eddie. Majlis pertunangan pasangan ini telah berlangsung di rumah pihak perempuan, di Ukay Perdana, Ulu Klang kira-kira jam 6.45 petang semalam dalam suasana penuh tenang dan disempurnakan anak-anak pasangan terbabit di kediaman Raja Azmi di Bukit Antarabangsa di sini.

Yang bestnya tu.. anak sulung Eddie iaitu Mohd Daniel, 21, mewakili bapanya manakala Raja Azmi diwakili anak sulungnya, Puteri Suraya Mohd Jalani, 28.
Pihak perempuan menerima 3 dulang hantaran dan berbalas 5. Cincin pertunangan disarungkan ke jari manis penerbit itu oleh ibu Eddie sendiri. Dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersepakat menetapkan tarikh 15 September ini untuk menyatukan pasangan ini.


..
Untung la Eddie.. Tunangnya just nak senaskah Al-Quran sebagai gantian wang hantaran pada hari pernikahan mereka nanti.
..

..
..
.




Tiada ulasan: