"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Rabu, Julai 24, 2013

William, Kate dapat anak lelaki


Rakyat jelata setia menanti..sebab nak tengok pewaris baru takhta Britain.
Yang bestnya tu media dari seluruh negara sudah berkhemah kt luar perkarangan hospital itu sejak 3 minggu yg lalu..
Fuyooo…punya laaa nk dapatkan maklumat yang terbaik..
Perutusan tahniah dari seluruh dunia mencurah untuk Duke & Duchess of Cambridge itu berikutan kelahiran baby tu menduduki tangga ke3 senarai pewaris takhta Britain.
Berat pewaris baru Britain 3.8 kilogram & dilahirkan di Hospital St Mary, London, petang Isnin (awal pagi Selasa 23.7.2013 waktu Malaysia).


PETUGAS khas mengumumkan kelahiran bayi pasangan diraja di luar Hospital St Mary, di London kelmarin.

Duchess of Cambridge, Kate dilaporkan sudah mengalami kesakitan untuk bersalin dan dimasukkan ke hospital kira-kira jam 5.30 pagi semalam (1.30 tengah hari waktu Malaysia) untuk melahirkan bakal raja Britain.


MEDIA dari seluruh dunia berkumpul di luar hospital, menanti kelahiran bayi diraja.



Kelahiran bayi diraja itu diraikan dengan penghormatan tembakan meriam di seluruh London.

Kelahiran tu juga turut diraikan di sebahagian besar negara anggota Komanwel, khususnya Kanada, Australia dan New Zealand..
Baby tu satu hari nanti juga akan menjadi raja di negara Britain.

Bagaimanapun, mereka perlu menanti seminggu lagi sebelum William memberi nama anaknya itu. Bapa William, Charles, mengambil masa sebulan untuk menamakan William pada 1982.

Baby itu dengan gelaran Yang Teramat Mulia Putera (nama) of Cambridge, akan berada dalam senarai pewaris takhta di belakang datuknya, Charles, dan bapanya, William.


Prince of Cambridge cicit kepada Queen Elizabeth..


William turut menemani isterinya ke Lindo Wing, Hospital St Mary di Paddington, barat London, tempat yang sama beliau dilahirkan pada 1982.



Mummy & daddy baru.. tahniah!

Gembira..Kate yang sememangnya mengharapkan anak lelaki. 

teringin nk ada anak..
hubby ckp dia nk boboy..
aku lak nk gegirl.. yang pasti rezeki itu datangnya dr Allah s.w.t...




Tiada ulasan: