"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain"

Isnin, Julai 29, 2013

Borong Biskut Raya

Semalam aku ajak hubby pagi beli biskut raya kat kampung kuantan..jauh kot..
kami dari damansara ke kampung kuantan..tau x kampung kuantan tu kt mana??
kampung Kuantan, jln batu 3 lama, Klang..
hihihihi.. dengar mcm jauh je..
tahun lepas aku pg beli sorang je.. masa tu aku single lagi.. n tinggal kt shah alam je..
tahun ni aku pg beli dengan hubby.. main amik je kuih tu..

kali ni kilang biskut raya tu mcm dah sistematik ckit..
dulu.. aku rasa mcm biskut xcukup je.. tapi xtau la jgk..coz aku pg beli tahun lepas selepas berbuka..
tau x sebab apa aku cakap x sistematik??
biskut tu panas2 lagi.. n orang main sebat je xkira sesapa yg datang dulu..
kali ni aku pegi siang.. pun ramai sangat orang memborong..berbaris panjang..

dulu kak fiza (jiran kat s.alam) cakap tokey kilang biskut tu jual kuih bangkit je..
sekarang.. fuhhhhh.. banglo belakang rumah..
kilang buat biskut raya je tapi cantik sangat..

kebanyakkan orang yg borong biskut tu bukan orang perseorangan mcm aku..
tapi semua peniaga biskut raya tau.. siap pegang pamplet bagai.. cari kuih itu ini.. wahhhhhhh..
xmacam aku.. tengok biskut cantik je aku sebat..masuk bakul..
kilang tu bukan saja jual biskut moden.. tapi biskut lama2 pun ada..
maksud aku baulu.. kuih bangkit (yg sememangnya turun terumurun).. kerepek bilis.. popia bunjut (bilis/udang)..kerepek ubi..
mcm2 la.. malas nak citer sangat.. nti kecuq liur aku..
hihihihihi..


sempat snap ckit.. baulu, kerepek, cornflek cheese
tudiaaaa... pilih ja nak yg mana.. pastu bayar kat kaunter ekkk..

tengah tunggu turn nak bayar..

haaaa... amik kau.. penuh bakul.. (padahal aku paling sikit beli ni..)

antara biskut yg sempat aku beli
10 jenis biskut moden + biskut tak moden.. hihihihi

 jangan risau harga kat cn sangat2 murah kalau nak bandingkan dgn harga kt luar..
aku beli biskut penuh bakul tu harga dia x mencecah pun RM2++..
sangat berbaloi.. Tag line kilang biskut pun ada tau.. "bukan setakat murah"
yang aku pasti memangggggg murah..

aku rasa berbaloi sangat beli kuih kt cni sbb harga borong..
jimat kan.. xpayah habiskan eletrik.. xpayah susah nk buang masa..
bleh pg terawih.. just kluarkan duit ckit je..

meh aku bg alamat kilang ni...

EMY COOKIES & FOODS
112, Jalan Bukit Kuda,
Kampung Kuantan,
41300 Klang, Selangor.

pandai2 la korang cari.. aku just bg petua ni je..
kalau korang dari s/alam @ Subang la..
1.masuk federal highway ke arah klang..
2.bayar toll RM1.00..
3.pastu cari fly over yg ke-2.. rapat kiri..
4.nampak bulatan ke Centro Klang..
5.rapat kiri lagi..
6.sebelum traffic light ada 1 simpang utk ke kg. kuantan..
7.terus je sampai jumpa board "biskut kuih bangkit" lebih kurang la bunyi dia..
8.masuk dalam tu je..
9.pastu pegi borong nak biskut apa..
hihihihhihihiihi






3 ulasan:

Unknown berkata...

brp sebgl kuihnya tu?

Unknown berkata...

maaf sbb lmbt reply..
rm start dari rm10 dan keatas...
berbaloi beli..
ramai yg beli borong n jual..

Unknown berkata...

Salam. Minta nombor tel. Tq